Kini timbul ura yang mengatakan pelakon dan pengarah hebat tanah air, Syamsul Yusof akan berkahwin dengan Ira Kazar iaitu anak kepada pelakon veteran, Kazar.
Dari beberapa laporan, perkahwinan antara mereka berdua dikhabarkan akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini.
Namun, kali ini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail tampil membicarakan tentang perkara berkenaan.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini menyatakan, hal ini masih lagi samar-samar dan tak sahih lagi.
“Spekulasi dan perkara ini masih lagi belum sahih, janganlah nak dikhabarkan kepada semua pihak.”
Sementara itu, Datn Fatimah berkata, anaknya, Syamsul Yusof mengambil pendekatan berdiam diri sebab tak nak mengeruhkan lagi keadaan.
“Syamsul sekarang hanya diam diri sebab dia tidak mahu nak memburukkan atau mengeruhkan keadaan yang sedia ada.”
Dari laporan Mstar lagi, Datin Fatimah turut memberi peringatan kepada family Ira supaya menghentikan melakukan sebarang ugutan dari bentuk video yang tak benar.
Sebagai ibu, Fatima mahu rumah tangga Syamsul dan menantunya, iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana tidak akan terus dibelenggu dengan gangguan anasir lain.
Jelas Datin Fatimah, pasangan suami isteri itu masih saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
“Saya nak beritahu kepada family Ira Kazar, janganlah nak mengugut anak saya kahwin dengan video yang tak betul. Syamsul tu masih lagi sayangkan isteri dan anak-anaknya.”
Sebelum kenyataan dari Datin Fatimah, pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam turut terkejut dengan berita yang mengatakan anaknya akan menikahi Ira Kazar.
Yusof Haslam membuat kenyataan mengharapkan hal itu tak akan berlaku.
Untuk info, Puteri Sarah Liyana sebelum ini ada mendedahkan dan memetik nama Ira Kazar sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya.
Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bernikah pada tahun 2014 dan mempunyai dua orang anak.