Aktivis terkenal Abang Ali yang sering bersama Yusuf Azmi (Semboyan) dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Menerusi laporan beberapa portal, Abang Ali telah mengalami satu kemalangan jalan raya yang melibatkan motorsikal berkuasa tinggi di waktu pagi tadi di Johor.
Hal ini disahkan sendiri oleh Yusuf Azmi menerusi satu sesi live pagi tadi. Jelas Yusuf, Abang Ali yang dianggap bagaikan abangnya sendiri telah pergi buat selamanya.
“Hari ini saya dikhabarkan bahawa abang saya, yang saya anggap orang yang selalu berdamping saya, dan berada di sisi saya, yang saya sama-sama, kerja umrah bersama, Allah dah jemput Abang Ali.”
“Abang Ali, insan yang terkenal dengan sikap ramah, penuh tanggungjawab, amat mesra, seorang yang penyayang dan amat baik hati, kembali kepada pencipta Nya.”
Yusuf Azmi dilihat amat sayu sekali dan dengan rendah diri memohon doa dari semua orang kepada Abang Ali.
“Minta doa dari orang ramai semua, semoga Allahyarham Abang Ali ditempatkan dikalagan orang yang beriman.”
“Saya Yusuf Azmi minta doa dari saudara-saudari semua yang bermurah hati untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ali bin Salimin.”
“Ya Tuhanku, ampunilah dosanya, berilah rahmat Mu ke padanya, sejahterakanlah serta maafkanlah dia, Alfatihah.”
“Semoga arwah Abang Ali akan sentiasa tenang dan bersemadi serta ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah, amin.”
Yusuf Azmi kini dalam perjalanan ke hospital Muar untuk pergi menguruskan jenazah Abang Ali.
Abang Ali dan Yusuf Azmi sebelum ini berkhdimat dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kemudian bersama-sama berjuang dengan Semboyan.