“Abang dan papa ada golden touch, aku je kadang laku, kadang tak laku” Syafiq Yusof

5,905 views

Jika dilihat, Syamsul Yusof telah mengarahkan begitu banyak filem box office. Dan yang paling latest dah tentunya filem Mat Kilau.

Sudah mencatat 18juta dalam masa 5 hari, Syamsul Yusof meneruskan kecemerlangannya dalam bidang filem ini.

Begitu juga dengan ayahnya iaitu Datuk Yusof Haslam, yang mencatat sejarah tersendiri dengan filem seperti Sembilu dan Maria Mariana.

Kehebatan dua anak beranak ini memang tak dapat nak disangkal lagi.

Setelah kejayaan Syamsul Yusof dengan filem Mat Kilau, adiknya iaitu Syafiq Yusof tampil menulis satu rasa hatinya.

Melihat kejayaan abang, Syafiq memang amat berbangga dengan Syamsul. Namun dia menyatakan dirinya dan abang serta ayah memang jauh bezanya.

Abang dan ayahnya seringkali berjaya dalam filemnya, namum Syafiq tidak dapat mencapai ke tahap mereka berdua.

Ini tulis Syafiq Yusof:  “Abang aku ni memang sejak dari dulu lagi dia ada golden touch, dan ianya sama macam papa aku masa papa masih muda dulu.”

“Tetapi aku ni je yang filem kadang-kadang laku, kadang-kadang tak laku pula haha.”

“Tapi tak apa lah, rezeki tu merupakan satu pemberian dan ketentuan dari Illahi. Apa yang paling penting ialah kita dah buat yang terbaik dan kena jalan terus.”

“Kadangkala naik kadangkala akan jatuh, tapi tak akan mengaku kalah. Salute Mat Kilau.”

Melihat tulisan dari Syafiq Yusof ini, ramai yang bersimpati lantas memberi kata-kata semangat buat anak muda itu.

Antaranya ialah rakan artis dan pelakon seperti, Beto Kusyairy, Johan Asaari, dan beberapa pelakon lain.

“Kau pun memamg istimewa Syafiq, jalan terus dan sentiasa bersemangat.” Tulis Beto.

Johan Asaari pula menulis: “Aku pun bangga dengan Syafiq, antara sutradara yang aku hormati karyanya.”

Sebelum ini, antara karya dari Syafiq Yusof ialah filem Abang Long Fadil, Desolasi, Misteri Dilaila dan filem aksi, KL Special Force. Kalkau lihat, banyak juga karya serta filem Syafiq Yusof yang menjadi box office.