Anak terselamat dari cubaan diculik, Lufya Omar tercedera

3,138 views

Pelakon Lufya Omar, 37 tahun, melalui satu detik yang amat mencemaskan baru-baru ini.

Melalui satu posting, Lufya memberitahu dirinya telah dicederakan oleh seorang lelaki yang tak dikenali dalam satu percubaan menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura, 5 tahun.

Kejadian ini berlaku pada hujung minggu lalu iaitu pada petang Ahad baru-baru ini.

Lufya berkata dia terus cuba pertahankan anaknya dari diambil lelaki berkenaan dan telah dipukul dengan sebatang kayu di badan dan juga di mukanya.

“Dua hari lepas saya diserang oleh seorang lelaki yang mahu menculik anak perempuan saya. Ketika tu kami berada di taman permainan kanak-kanak di Kota Damansara. Jam masa tu dalam waktu 4 petang hingga ke 5 petang.”

“Individu disyaki seorang lelaki Melayu yang amat dayus telah memukul saya guna kayu di bahagia kepala saya, dan juga badan dan telah menyebabkan saya tercedera.”

“Syukur pada Illahi, alhamdulillah anak dan juga diri saya telah selamat.”

Melalui detik yang amat cemas ini, Lufya akui semua yang berlaku atas izin Allah juga, termasuklah diri dan anaknya terselamat.

“Kalau ikutkan orang yang cuba ambil anak dan menyerang saya itu, badannya agak besar dan memang kuat. Tapi semua dengan izin Allah, akhirnya saya dapat juga melawan dan selamatkan anak saya.”

“Syukur sangat, moral dari kisah ini ialah kita sentiasa harus bersedia dan alert dengan keadaan sekeliling. Orang zaman sekarang ini sanggup buat apa saja. Manusia dah tiada kemanusiaan. harap semau dapatlah mendoakan kesembuhan serta keselamatan saya dan juga anak.”

Itulah kes yang terjadi kepada Lufya dan anaknya Laana Haura. Mereka berdua kini dalam keadaan selamat saja.

Diruangan komen, ramai rakan artis yang terkejut dengan kisah yang berlaku ke atas Lufya Omar dan juga anaknya ini.