Kisah pelakon Sharnaaz Ahmad ditahan reman pada minggu lalu memang jadi bualan ramai. Semua nak tahu kisah sebenar.
Ramai pada mulanya ingatkan Sharnaaz yang membuat onar sehingga dirinay ditahan pihak berkuasa selama tiga hari lamanya.
Namun pelakon berumur 36 tahun itu telah tampil dengan satu video, bercerita sedikit tentang apa yang terjadi.
Jelasnya, bukan dia yang berkelahi sebenarnya, namun dia hanya cuba leraikan, salah faham yang berlaku antaar seorang pengawal keselamatan dengan penghuni lain.
Ketika Sharnaaz nak leraikan itu, ada sedikit salah faham terjadi, sehingga Sharnaaz pula terlibat sama. Namun pelakon ini nafi ada bertindak kasar kepada penghuni berkenaan.
Dengan penjelasan itu, seorang jiran kepada Sharnaaz iaitu personality TV Dayah Bakar, tampil membuka mulut.
Dayah berkata dia pun dah tahu kisah sebenar dan mengatakan Sharnaaz seorang jiran yang amat prihatin dan baik sekali.
Ini tulis Dayah tentang kes Sharnaaz Ahmad ini.
“Ini penjelasan dari Sharnaaz Ahmad tentang apa yang berlaku, ringkas. Ini dibuat agar tak ada lagi yang buat andaian apa-apa.”
“Kami jiran pun tahu apa yang berlaku, tapi lebih baik ianya datang dari mulut Sharnaaz sendiri. Jadi inilah dia kenyataan dari Sharnaaz.”
“Untuk info semua, Sharnaaz ni memang seorang jiran yang baik, jiran kami jiran yang baik, jangan nak macam-macam.”
“Semoga kebenaran akan terungkai dan permudahakn semua urusan Sharnaaz Ahmad.”
Ini pula komen dari Sharnaaz kepada Dayah. “Terima kasih Dayah, jiranku.”
Kes Sharnaaz Ahmad ini telah menjadi kes mahkamah dan Sharnaaz menunggu hasil siatan penuh serta pendakwaan kelak.
Kata Sharnaaz Ahmad, dia amat yakin dirinya memang tak bersalah untuk isu kali ini.