Abang Tesla kata anak angkat tak sama macam anak kandung, Achey tak setuju

3,481 views

Sebelum ini, menerusi satu tembual bersama Caprice, Abang Tesla pernah berkata anak angkat ini tak sama seperti anak sendiri. 

Membalas isu ini, pelawak terkenal, Achey meluahkan rasa terkilan dengan ungkapa sedemikian. 

Bagi Achey, dia sama sekali tak bersetuju dengan kenyataan berkenaan. 

Jikalau untuk berkahwin lain kerana mahukan anak, Achey sama sekali kurang bersetuju. 

Malah Achey memberitahu, jika mahu zuriat atau waris dari isteri dengan berkahwin lain, bagaimana pula dengan waris isteri pertama. 

Ini kenyataan dari Achey. 

“Dia kata anak angkat tak sama macam anak sendiri dari isteri. Habis dia dengan isteri pertama macam mana pula?” 

“Itu pun bukanlah waris mereka berdua, dari isteri pertama. Itu warisnya dia dengan isteri kedua. Sekarang kita nak waris dari isteri pertama tanpa yang kedua.” 

Achey juga menambah, jika ambil anak angkat boleh saja mahramkan anak tersebut.  

“Cerita berkenaan waris ni, boleh saja mahramkan. Carilah kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia. Jangan putar belitkan kenyataan tersebut. Saya tak setuju part tu je lah.” 

Selain itu, Achey juga tidak bersetuju dengan kenyataan seorang lain tetamu dalam temubual Caprice itu iaitu Apex Sayur. 

Apex Sayur mengatakan bahawa dia lebih memilih untuk berkahwin lain, berbanding untuk membuat IVF demi mendapatkan zuriat.  

“Kenyataan itu, dari membazir duit buat IVF, lebih baik saya kahwin lagi satu. Saya terus istihgfar, astaghfirullahhalazim.”  

“IVF ini dibuat sebagai satu usaha. Fahami naluri untuk dapatkan zuriat dengan pasangan. Kita suami isteri mahu waris.” 

“Tetapi kalau dikatakan membazir, itu hak dialah untuk cakap macam tu.”  

“Tapi bagi orang yang sedang mengusahakan IVF, mereka ini tidak kisah berhabis duit. Saya jumpa ada orang buat IVF, ada pun yang berkerja kilang. Sebab mereka mahu anak hasil hubungan dengan isteri.” 

Achey berkata sedemikian ketika satu sesi live di laman media sosialnya baru-baru ini. 

Untuk info, Achey dan isteri, Anne ada beberapa kali berusaha untuk mendapat anak menerusi IVF namun sehingga kini masih belum ada rezeki.

Achey dan Anne kemudian ada mengambil seorang anak bernama Tiara.