Foto serta biodata Nik Iruwan, suami Nabila Razali

6,647 views

Pada hujung minggu yang lalu, ada ura-ura mengatakan bahawa seorang penyanyi terkenal tanah air telah mengikat tali pertunangan. 

Penyanyi yang dimaksudkan itu ialah Nabila Razali yang lebih mesra dipanggil dengan nama Bella. 

Nabila Razali yang kini sudah pun berumur 30 tahun, dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka bernama Nik Iruwan

Sebenarnya, memang ramai yang tak pasti lagi kesahihan berita pertunangan antara Nabila Razali dan juga Nik Iruwan ini. 

Sehingga hari ini, masih lagi belum ada sebarang kenyataan dari kedua belah pihak tentang kebenaran hal ini. 

Pihak media ada cuba hubungi Nabila Razali, namun penyanyi berkenaan tidak menjawab. 

Ketika pihak pengurus dihubungi, katanya, dia pun tak tahu menahu hal berkenaan, dan meminta hubungi terus Nabila Razali tentang hal peribadi. 

“Hal berkenaan luar bidang kuasa saya dan saya pun tak tahu menahu tentang perkara berkenaan. Jadi, saya tak boleh beri apa-apa kenyataan tentang hal tersebut. Boleh berhubung terus dengan Nabila Razali.” 

UPDATE: Pada tarikh 18 November 2023, Nik Iruwan selamat bergelar suami Nabila Razali.

Kepada orang ramai yang tertanya, siapakah gerangan individu bernama Nik Iruwan, inilah sedikit biodata Nik Iruwan. 

Dari beberapa portal, Nik Iruwan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. 

Umurnya kini sudah masuk ke usia 38 tahun, lahir pada tahun 1985. Ini beberapa foto terkini Nik Iruwan. 

Tentang kerjaya, Nik Iruwan sebelum ini pernah menceburi bidang lumba kereta, beliau bekas pelumba kereta litar. 

Ketika ini, Nik Iruwan merupakan CEO syarikat keluarganya iaitu Nizra Group. Syarikat ini hasil gabungan beberapa syarikat terdahulu yang diusahakan keluarganya iaitu Mofaz, dan juag Hamza Motors. 

Nizra Group juga terlibat dalam bidang seni melalui anak syarikat, Nizra Entertainment. 

Syarikat ini terlibat dengan pengurusan event dan juga penerbitan naskah seni seperti filem Bulan Dan Pria, lakonan Zizan Razak dan juga Zahirah Mcwilson. 

Nik Iruwan merupakan anak kepada seorang tokoh ahli perniagaan yang hebat iaitu Datuk Nik Izani.