Dai Syed ambil tindakan undang-undang ke atas dua wanita, Atikah dan Najwa

3,098 views

Pendakwah dan penyanyi Dai Syed akhirnya telah mengambil tindakan undang-undang ke atas dua orang wanita yang telah dinamakan iaitu Nurul Atikah dan juga Najwa. 

Pengumuman ini dibuat oleh Dai Syed menerusi satu sidang media pada tengah hari ini. 

Turut dihadiri di sisi Dai Syed ialah isterinya iaitu Hana Ismail serta keluarga dan juga penguam belanya.  

Tindakan ini diambil setelah menjadi tular isu lama yang dimuatnaik di akaun Chempakasuri97 tentang Dai Syed dan isteri. 

Dari akaun berkenaan, dikatakan isteri Dai Syed iaitu Hana Ismail telah keguguran anak kerana kifarah di atas perbuatannya. 

Ini kata dari akaun berkenaan: “Keturunanmu juga akan rasa kifarah. Doa dari aku tak akan pernah putus setiap satu per tiga malam supaya engkau akan sentiasa di dalam kecelakaan sehingga kata maaf terucap dari mulut kamu.” 

Posting berkenaan sehingga kini telah ditonton sebanyak 4juta views. 

Susulan itu, Dai Syed kini terus saja mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita bernama Nurul Atikah dan seorang lagi wanita bernama Najwa. 

Apatah lagi, kini ia melibatkan anak dan juga isterinya.  

“Dengan itu, saya meminta pihak peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dengan kadar segera ke atas Nurul Atikah dan juga terhadap Ainul Najwa.” 

Kata Dai Syed lagi, dia sudah pun bebas dari tuduhan yang dilempar yang mana pihak mahkamah sendiri memutuskan dirinya tidak bersalah. 

Hana Ismail yang baru saja keguguran anak, ternyata amat terkesan dengan dakwaan kifarah itu, sehingga mengalir air mata. 

“Isteri saya, menangis bila dengar hal berkenaan.”  

Dalam pada itu, Dai Syed turut bercerita pengalaman pernah berjumpa dengan wanita yang membuat report ke atas dirinya di dalam lif di Icity Shah Alam. 

“Saya di Icity, di dalam lif, kemudian terserempak dengan wanita bersama seorang lelaki, dan dia pun memanggil nama Syed, saya pun tengok dan rupanya itulah wanita berkenaan.” 

Dai Syed berkata dia tak melayan dan terus saja ke parking lot dan masuk ke kereta. 

Hana pula terkejut di moment berkenaan, kerana apabila wanita bertemu Dai Syed, dia kelihatan teruja. 

“Saya memang terkejut, sebab kalau mangsa berjumpa dengan pemangsa, dia tak akan react seperti itu, seperti amat excited, macam dah lama tak jumpa.” 

Selain itu, Dai Syed juga meminta orang ramai untuk berhati-hati untuk memberi kenyataan tentang dirinya kerana dia kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang terus menuduhnya. 

Ini video penuh kenyataan dari Dai Syed.

Itulah komen dari Dai Syed tentang isu yang sedang melanda dirinya.