“Ada fakta tak betul” Ali Puteh buat rayuan di Mahkamah Tinggi

3,858 views

Keputusan mahkamah kes melibatkan Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah sudah diketahui, yang mana mahkamah telah berpihak kepada Hidayah.

Ali Puteh dikehendaki membayar sejumlah gantirugi sebanyak RM60 ribu kepada Hidayah.

Namun kes ini nampaknya belum berakhir di sini. Menerusi satu kenyataan, Ali memanglah akur dengan keputusan mahkamah itu, namun dia akan buat rayuan.

Ali memberitahu, dia akan teruskan buat rayuan di Mahkamah Tinggi kerakan baginya ada beberapa fakta yang tidak tepat.

“Saya memang akur dengan keputusan yang ditetapkan oleh hakim. Cumanya, saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana saya lihat ada beberapa fakta yang tak benar.”

“Sekarang saya tak dapat nak cerita apa fakta berkenaan, sebab nanti akan ganggu pula kes yang sedang berlangsung di mahkamah ini.”

“Memang benar, keputusan hari ini kita tengok berpihak kepada dia, namun saya masih diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan dan saya akan lakukan.”

“Apapun, keputusan hari ini saya okey, saya hormati keputusan dari mahkamah.”

Walaupun akur, ali sebenarny sayu juga kerana selama dua tahun ini dia berhabisan mahu menjaga maruah keluarganya.

“Memang hiba dan sayu. Kalau nak bawa Abam dan mak saya kat sini pun, mereka dah tiada. Orang hanya tumpu pada saya saja, saya sorag yang masih ada. Kalau arwah mak dan Abam ada, tak jadi hal ini.”

“Tapi, saya nak perbetulkan beberapa fakta, di mana ramai kata saya yang menyaman Hidayah, hal ini adalah satu perkara yang tidak betul.”

“Bukan saya yang mulakan menyaman ni. Saman dibuat 15 hari selepas pemergian arwah Abam, masa tu saya dituntut RM900ribu.”

“Masa tu keadaan arwah Abam yang baru pergi meninggal kita semua, saya pula terpaksa cari peguam. Saya pun balas semula.”

Itulah kenyataan dari Ali Puteh tentang kes saman menyaman antara dia dan juga Nor Hidayah.