Pertemuan dengan Dekta, ini penjelasan Wan Sharmila

2,244 views

Baru-baru ini, pelakon Wan Sharmila dilihat ada meluangkan masa dengan anak perempuan Shuib iaitu Talita atau lebih mesra disapa dengan nama Dekta.

Kemudian ramailah yang mengatakan bahawa Wan Sharmila merupakan individu yang sedang mengnali hati budi Shuib ketika ini.

Rata-rata sebenarnya suka melihat Wan Sharmila, malah ada yang setuju jika Shuib dan Wan Sharmila disatukan.

Apatah lagi melihat kemesraan yang terjalin pelakon ini dan juga Dekta, berdasarkan video berkenaan.

Namun begitu, Wan Sharmila mengakui, itu sebenarnya pertemuan kali pertama dirinya dengan anak Shuib itu.

Wan Sharmila akui amat serasi dengan Dekta dan memang dia merupakan seorang anak yang baik dan wajar dipuji. Bagi Wan Sharmila Dekta seorang yang kelakar, baik dan amat menghormati orang.

“Syukur, alhamdulillah, itu first time saya berjumpa dengan Talita. Dia memang baik, pandai nak hormati orang lain. Memang amat pandai buat orang lain nak tergelak.”

“Alhamdulillah kerana dia dah sudi jadi geng dengan saya. Seronok sangat dapat luangkan masa bersama dengannya.”

Bercakap tentang kisah disebalik pertemuan berkenaan, pelakon berumur 40 tahun ini tidak mahu bercerita lebih lanjut tentang hal itu.

Walau ramai nak tahu status hubungan Wan Sharmila dengan family Shuib dan kenapa berjumpa dan sebagainya, Wan Sharmila tak mahu ulas sebab khuatir jika ianya akan disalahertikan oleh orang ramai.

“Jika boleh, saya tak mahulah nak cakap lebih lanjut tentang perjumpaan berkenaan. Saya risau dan agak bimbang sekiranya akan timbul salah faham dikalangan orang ramai. Apa yang lebih penting ialah kita berdoa perkara yang baik-baik untuk saya, dan juga doakan untuk Talita serta family nya.”

Itulah sedikit komen dari Wan Sharmila tentang pertemuannya ketika meluangkan masa bersama Dekta, anak Shuib baru-baru ini.