“Ada mesej nampak kelibat mereka di bazar Ramadhan” Nurul Shuhada

2,713 views

Nurul Shuhada Mat Shukri yang berstatus masih lagi isteri kepada Hafidz Roshdi telah mendedahkan ada mendapat mesej personal yang memberitahu bahawa terlihat kelibat Hafidz bersama Athira Yuhada, iaitu wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya. 

Kini, Shuhada dan pihak lawyer sedang menyiasat mesej berkenaan sebagai saksi dan sokongan untuk tindakan undang-undang.  

Ini kenyataan Shuhada yang lebih dikenali dengan panggilan Shu melalui laporan Harian Metro.  

“Maaf buat masa ni, saya tak bolehlah nak cerita banyak berkenaan isu ini. Cumanya memang tak dinafikan saya ada dapat beberapa mesej di laman Instagram bahawa ada yang terlihat kelibat mereka berdua di bazar Ramadan sekaligus ini membuktikan mereka memang masih berhubung.” 

Siasatan mesej ini dibuat setelah Shu menerima tuntutan dari lawyer Athira Yuhada. Shu berkata pihaknya sudah membalas surat berkenaan, malah akan meneruskan tindakan undang-undang kepada Athira pula. 

“Selain dari peguam saya sudah membalas surat berkenaan, pihak kami juga akan meneruskan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.” 

Itulah sedikit perkembangan terkini tentang kes antara Hafidz Roshdi, Shuhada dan juga Athira Yuhada

Hafidz dilaporkan sudahpun selesai menerima rawatan di hospital bahagia untuk kes bipolar yang dialaminya. 

Shuhada pula kini dilihat amat aktif mencari sumber pendapatan dengan berniaga biskut selain menerima tawaran sebagai duta beberapa barangan. 

Selain itu, Shu juga dilihat amat aktif buat paid review di laman Instagramnya yang mempunyai 250k follower.  

Untuk info, Hafidz Roshdi yang masuk ke industri seni setelah menyertai rancangan Hero Rema pada tahun 2011, telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada pada tahun 2016. 

Sepanjang hampir 7 tahun berkahwin, Hafidz Roshdi dan Shuhada mempunyai dua orang anak bernama Humairah dan juga Umar.