“Tetap jalan, saya teruskan” Syamsul Yusof tetap ambil tindakan menyaman Farid Kamil

680 views

Syamsul Yusof, 39 tahun, hari ini telah bertemu media selepas hadir di mahkamah untuk kes tuntutan nusyuz terhadap isterinya Puteri Sarah Liyana. 

Untuk kes ini, hanya Syamsul saja yang hadir, manakala Puteri Sarah tidak hadir kerana berada di luar negara atas urusan kerja. 

Ketika bertemu media, pihak wartawan bertanya update tentang kes dirinya dengan pelakon Farid Kamil. 

Syamsul berkata buat masa sekarang dia tetap meneruskan hasrat untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil. 

Ianya dilakukan kerana Syamsyul sudah bertekad untuk membersihkan namanya.  

“Kes yang mana saya nak saman, akan tetap berjalan. Oleh itu, saman itu tetap akan saya teruskan.”  

“Sekarang ni saman tetap akan diteruskan. Ianya bukan soal siapa yang menang atau yang kalah, ianya merupakan hal yang patut dijadikan sebagai pengajaran.” 

Namun Syamsul berkata jika Tuhan lembutkan hatinya, mungkin dia akan tarik semula. Apapun sehingga kini, ianya akan tetap diteruskan. 

“Saya pun harap hati saya ni akan dilembutkan oleh Illahi, untuk tarik balik saman, mungkinlah. Saya pun tidak tahu lagi.” 

“Namun sekarang memang akan teruskan saman sebabnya apabila saya hanya berdiam diri buat kerja, secara tiba-tiba ada pula orang mengganggu dengan memberi kata-kata buruk, jadi kita kenalah untuk bertindak.” 

“Saya ini seorang yang tenang dan tak suka jika timbulnya sebarang isu dengan rakan artis sebab kita dalam satu bidang.”  

“Tetapi dalam masa sama, saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman jikalau ada individu yang mengutuk diri anda di media sosial, oleh itu, saya ambil tindakan undang-undang.” 

Sebelum ini, Farid Kamil ada membuat satu kenyataan tentang seorang wanita merujuk kepada Diana Danielle, yang pernah dipukol oleh seorang bekas kekasihnya.