“Jangan masuk campurlah” Aaron Aziz sound Sharnaaz.. Soffi Jikan pun kena juga

2,457 views

Umum dah tahu tentang kemelut yang melanda pelakon Datuk Aaron Aziz dan juga pengarah terkenal Syamsul Yusof. 

Semuanya berlaku kerana nama Aaron Aziz yang digugurkan dari filem terbaru arahan Syamsul Yusof. 

Jelas Aaron Aziz, namanya dibuang setelah tak diperlukan lagi. Syamsul Yusof memberi penjelasan bahawa Aaron tidak sesuai untuk membawa watak berkenaan. 

Syamsul juga ada memetik nama beberapa pelakon dan juga penerbit serta team koreografer yang turut bersetuju bahawa Aaron tidak fit untuk membawa watak berkenaan terutama melibatkan adegan aksi. 

Antara nama pelakon yang dipetik ialah Sharnaaz Ahmad. 

Sharnaaz sebelum ini ada berkata tak perlu berkelahi dan memberi sokongan penuh terhadap Syamsul Yusof sebagai pengarah. 

Hari ini, pihak media ada bertemu dengan Aaron Aziz dan bertanya tentang komen dari Sharnaaz Ahmad. 

Aaron Aziz kemudian berkata dia meminta semua pelakon lain jangan masuk campur urusannya itu.  

“Cakap dengan dia (Sharnaaz), jangan masuk campurlah.” 

“Dia, pelakon lain dan produksi, baik sesiap pun, korang jangan nak beri sebarang statement.” 

“Kalau nak cakap, baik jumpa saya dulu lah.”  

Aaron juga ditanya tentang hubungan dengan pelakon filem Syamsul Yusof itu dan ini jawapannya. 

“Pelakon dari filem itu atau sesiapa dari pihak sana tak ada contact saya, dan saya pun tak kisah.” 

Aaron juga akui ada sound rakannya iaitu Soffi Jikan kerana buat video di Tiktok. 

“Saya bagitau Soffi buat apa nak buat cerita tentang apa yang saya story dengan dia tu peribadi, buat apa sebar di Tiktok, itu yang saya sound dia.” 

Aaron juga tak menyesal buat video berkenaan kisahnya dengan Syamsul Yusof. 

“Saya tak menyesal buat video berkenaan. Sebab itu benda yang betul. Dia pun yang buka cerita dulu.” 

Malahan Aaron juga mendedahkan Datuk Yusof memberi sokongan kepadanya dan kini sedang bekerja dengan pihak Skop Production milik Datuk Yusof Haslam. 

“Ada, dia (Datuk Yusof Haslam) kata apa yang saya buat ni betul. Ini menunjukkan kalau kita di pihak yang benar, orang akan sokonglah.” 

“Sekarang ni saya tengah buat dua karya dengan Skop Production. Satu adik dia Shafiq Yusof yang arahkan.” 

Aaron Aziz kemudian secara umum berharap semua meminta maaf dengan orang tua. 

“Saya cakap secara umumlah, minta maaf kepada ibu bapa dulu.” 

Ini video penuh kenyataan dari Aaron Aziz yang ditanya pihak media. 

Aaron Aziz dan Syamsul Yusof pernah bekerja sama untuk beberapa filem yang mencecah kutipan box office sebelum ini.