“Macam budak-budak” Tindakan suami Fatin Afeefa seakan perli Adam Shahz, tak disenangi

9,104 views

Hari ini pelakon yang pernah bergelar suami isteri iaitu Adam Shahz dan Fatin Afeefa telah hadir ke mahkamah.  

Kedua mereka datang ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pagi Khamis untuk perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan ke atas anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia, yang kini berumur 8 tahun. 

Fatin Afeefa, 29 tahun, telah hadir ke mahkamah bersama suami yang baru dikahwini nya iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali dengan nama Opai. 

Pelakon jelita ini dilihat memakai tudung serta baju berwarna hitam manakala suaminya memakai pakaian kemeja berwarna putih. 

Turut hadir bersama ialah dua lelaki dikatakan peguam yang mewakili pelakon Tentang Bulan itu. 

Sementara itu, Adam Shahz pula hadir seorang diri dilihat memakai pakaian berwarna biru gelap dan bersongkok. 

Ketika di mahkamah, suami kepada Fatin Afeefa ini ada muatnaik satu video yang mencetuskan rasa kurang senang orang ramai. 

Aliff Awang atau Opai munaik video menunjukkan satu paparan petikan yang tergantung di dinding mahkamah. 

Ini petikan berkenaan: “Guna akal kamu seolah-olah nyawa kamu itu bergantung padanya.” 

Aliff membaca petikan berkenaan dan kemudian merakam Adam Shahz sambila berkata: “Faham?” 

Adam Shahz ketika itu sedang duduk di ruangan menunggu sambil bermain telefon bimbitnya dan tak perasan dirinya dirakam. 

Tindakan Aliff Awang membuat video berkenaan nampaknya membuatkan ramai orang di luar sana yang tidak setuju. 

Malah ada yang melabelnya seakan budak-budak. Ada juga memberi pendapat adalah lebih baik suami baru Fatin Afeefa itu tak terlalu masuk campur sehingga berkata tentang hal sedemikian.  

Ini antara beberapa komen dari orang ramai. 

“Agak over macam budak.” 

“Bro jangan jujur sangat, tak terfikir ke nanti dia akan tengok video ni, tak takut ke.” 

Apabila ada beberapa komen dari netizen yang dilihat kurang senang, Aliff ada juga memberi respon. 

“Aku tak takut dengan mamat ni, apa dia boleh buat, takpe lah hiburan.” 

Ini video nya seperti yang dimuatnaik semula oleh portal Ohbulan. 

Kes antara Fatin Afeefa dan Adam Shahz ini akan bersambung pada hujung bulan dua nanti.