Adegan nak ajak mandi sama buat penonton kurang senang, tak sesuai tontonan umum

1,608 views

Sekarang ni tengah viral drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di slot Lestary TV3 iaitu setiap hari rabu sehingga hari Sabtu dari jam 9 malam sehingga 10 malam.

Drama ini menjadi trending di laman media sosial setelah beberapa klip video lakonan pelakon utama dimuatnaik di beberapa akaun yang mendapat banyak tontonan.

Ini sekaligus membuatkan ramai yang dah mula nak tahu tentang tayangan drama ini.

Lakonan dua pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling dilihat amat serasi ketika membawa watak sebagai pasangan suami isteri, dan ada adegan serta babak antara mereka berdua yang menjadi viral.

Antaranya ialah babak di mana Anna Jobling sebagai Melur, yang mengatakan mahu memandikan Merqeen yang membawa watak sebagai suaminya iaitu Firdaus.

Sungguhpun ramai yang terhibur namuan ada juga penonton yang dilihat kurang senang dengan babak sedemikian yang dikatakan agak kurang sesuai untuk tontonan buat keluarga apatah lagi golongan remaja atau kanak-kanak.

Menjawab komen sedemikian, ini jawapan dari Merqeen dan juga Anna Jobling.

“Kita berdua dah expect sebenarnya yang hal ini akan terjadi, itu pun kalau ikutkan dah banyak adegan yang sudah kena buang. Jika nak ikutkan skrip, lagilah banyak adegan babak macam tu, yang macam luar negara punya.”

“Saya dan Anna memang dah discuss, patut atau tak kita buat, dan sebenarnya dialog tu agak kelakar lah.”

“Tentang adegan (mandi), biasalah suami isterikan, tapi tak tunjuk pun adegan tu. Hanay perkataan saja, biasalah nak manja dengan suamikan.”

“Benda itu biasa je sebenarnya, jika kita ni fikir ia ke arah positif maka ia akan menjadi dialog yang kelakar.”

“Kita tidak boleh nak cakap dengan orang untuk terima kami atau sebagainya, setiap cerita mesti ada baik dan buruknya lagipun kami tahu apa yang perlu di buat.”

Tentang keserasian yang dilihat, Anna pula mengatakan dia dan Merqeen pernah bekerja sebelum ini lantas mudah mendapat kesrasian bersama.

“Saya dan Merqeen pernah bekerja sama sebelum ni, dari situ dah ada keserasian. Kita dah selesa, dan mudah buat adegan sweet semua tu.”

Itulah jawapan dari Merqeen dan juga Anna Jobling tentang drama Melur Untuk Firdaus.