“Adik Hafidz Roshdi pun bersubahat” Shuhada

5,392 views

Bagi Nurul Shuhada Mat Shukri, apa yang dilalui baru-baru ii dengan pelakon Hafidz Roshdi adalah satu ujian yang amat berat buat dirinya. 

Akui ianya bergitu perit untuk dilalui, apatah lagi dirinya telah dikhianati dan dipermainkan dengan nama Illahi. 

Wanita ini telah membuat satu lagi luahan hati dan menyatakan perbuatan berkenaan turut disertai oleh adik beradik Hafidz Roshdi. 

Ini luahan dari Shuhada melalui satu hantaran di Instagram story. 

“Saya memang akui, ujian dari Nya kali ini teramat berat, namun Allah dah menulisnya iaitu takdir untuk saya dan anak-anak dengan begitu teliti, saya tak boleh lari dan akan lalui perit ini.” 

“Ditumbuk, dikhinati dan dipermainkan dengan nama Allah, dia telah bersumpah itu ini, walhal dia sendiri bersubahat dengan adiknya dan sebagainya.” 

“Jiwa saya memang dah rabak, namun Allah sediakan jalan untuk saya keluar dari penderitaan yang ditanggung ini dan keluarga yang toksik ini.” 

Selain itu, Shuhada berkata, anak-anak merupakan nyawa buat dirinya dan meminta semua mendoakan mereka anak beranak. 

“Doakan saya dan anak-anak. Inilah nyawa saya sebagai ibu, Semoga Allah akan lindungi anak-anak saya dari sebarang hasad keburukkan dan bala serta kesedihan, amin.” 

Dalam pada itu, Nurul Shuhada juga akui Puteri Sarah Liyana antara orang awal yang memberi semangat kepada dirinya untuk lalui semua ini. 

“Dialah (Puteri Sarah) orang pertama yang membuatkan diri saya berada di tempat saya ini, beri semangat pada saya. Terima kasih kak, saya tulis ni sambil mengalir air mata sejak beberapa hari ini.” 

Puteri Sarah sebelum ini ada menulis bahawa dia sentiasa ada buat Shuhada. “Saya di sini untuk kamu.” 

Kes antara Nurul Shuhada dan juga Hafidz Roshdi kini masih dalam siasatan pihak polis.