Farid Kamil dedah menolak sogokkan sebanyak RM5juta

1,652 views

Pelakon terkenal, Farid Kamil bakal membawa tampil dengan satu filem kisah benar berjudul Anwar The Untold Story. 

Ianya kisah benar tentang Perdana Menteri Malaysia ketika ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Jelas Farid Kamil, dirinya merupakan pelakon yang ke lima dipilih oleh pihak produksi untuk membawa watak sebagai Anwar Ibrahim. 

Ketika satu sidang media untuk filem Anwar The Untold Story, Farid Kamil telah memecahkan satu rahsianya. 

Kata suami kepada Diana Danielle ini, dia penar cuba disogokkan rasuah sebanyak RM5juta ketika itu, namun telah menolaknya. 

Bagi Farid Kamil, itu antara persamaan kisah hidupnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan kerana ini juga, dia mula memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dan kini membawa wataknya.  

Ini komennya seperti yang dilaporkan OhBulan.

“Saya menjadi penyokong kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ada kisah yang terjadi kepada diri dia, pernah juga berlaku pada diri saya.” 

“Kejadian itu berlaku pada tahun 2017. Semasa itu saya pernah cuba dirasuah dengan nilai sebanyak RM5 juta, namun saya telah menolaknya.”  

Setelah menolak wang dengan jumlah yang amat banyak itu, Farid Kamil akui banyak kesan yang tak baik berlaku ke atasnya. 

“Akibat dari hal itu, memang sangat buruk. Saya rasa semua orang tahu dulu rasuah berleluasa di Malaysia.” 

“Siapa yang terima dan ambil duit itu akan selamat manakala sesiapa yang tak ambilnya, maka mereka akan diperlakukan seperti seorang pesalah. Itulah yang terjadi ke atas saya apabila tak ambil dan telah menolak rasuah berkenaan.” 

“Kesan dari penolakkan rasuah itu, orang telah menggunakan kita untuk menjatuhkan diri kita sendiri. Itulah persamaan Anwar Ibrahim dengan saya, Farid Kamil. Mungkin Perdana Menteri kesepuluh ini boleh selesaikan isu ini dengan sistem lebih baik.” 

Memegang watak utama sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tentu Farid Kamil berasa amat berbangga.  

“Saya rasa amat berbanggalah apabila menjadi antara empat pelakon dari Malaysia yang telah dipilih.” 

Selain Farid Kamil, filem tentang Anwar Ibrahim ini turut dijayakan Acha Septriasa sebagai isetrinya iaitu Wan Azizah, dan Hasnul Rahmat sebagai Tun Mahathir.