“Adik yang gila bayang ni” Sharnaaz Ahmad menyindir semula, netizen pun setuju

4,674 views

Menerusi satu posting di laman IG, pelakon Sharnaaz Ahmad jadi tumpuan ramai kerana upload satu posting yang dilihat sedang memberi satu sindiran agak padu kepada seseorang.

Dari posting itu, antara ayat yang dikeluarkan ialah dia mengatakan pihak berkenaan yang umpama gila bayang.

Sharnaaz juga muatnaik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya dengan foto tangannya dikaburkan.

“Abang ni tak main tahik dik. Adik tu yang gila bayang. Maaflah ye jika gambar ni kurang sopan. Gambar ni abang rasa macam teruk sikit. Tu yang post tu. Selamat berhujung minggu ye semua.”

Kemudian di satu entry di story, Sharnaaz ada muatnaik satu foto mengatakan ayat dan posting nya itu memang keras sikit, dan berjanji itu adalah kali terakhir di kelaurkan kenyataan.

Di ruangan komen, ramai yang memberi komen tentang kenyataan dari Sharnaaz ini.

Ini antara komen dari netizen.

Dalila Dghaz: “Sarang tebuan janganlah nak dijolok.”

Ellxza: “Entah, perasan je lebih adik tu.”

Emmayusri: “Barangan yang lepas tak usah nak kenang dah.”

Leetom: “Adik tetiba bagi statement melebih tiba ingat orang tergila ke dia.”

Dupang: “Dah pernah bercinta dengan awk. So dah tahu jalan cerita tal best pun.”

Tunsyahirahlokman: “Itulah kan bang perasan pula dia.”

Ramai netizen yang syak bahawa posting berkenaan mungkin ada kaitan dengan komen dari bekas kekasih Sharnaaz yang juga seorang penyanyi.

Katanya, dia tak nampak jalan untuk mengulangi semula perhubungan dengan Sharnaaz dan melabel dah tahu bahawa kisah mereka tak best. Malah penyanyi berkenaan ada mengatakan bahawa dia juga tak selesa untuk bekerjasama dengan Sharnaaz buat masa sekarang ni, serta meminta semua mendoakan yang baik-baik saja buat dia dan Sharnaaz.