Datuk Hans Isaac ‘sentap’ dengan Datuk Norman KRU?

1,319 views

Sebelum ini, tiga selebriti iaitu Datuk Hans Isaac, Datuk Afdlin Shauki dan Alitimet telah bertanding untuk pemilihan sebuah parti.

Namun ketiga selebriti ini tidak berjaya dalam pemilihan berkenaan dan semuanya telah tersungkur, tak terpilih.

Kemudian penyanyi dan ahli perniagaan Datuk Norman KRU ada memberi padangan setelah ditanya oleh media, tentang penyertaan selebrit dalam bidang politik.

Norman memberi padangan bahawa jika selebriti masuk ke dunia poliltik, dan sekadar meletakkan popularity serta nama, hal ini tak cukup untuk berjaya.

Abang kepada Yusry dan Edry ini juga berkata, seseorang yang nak masuk ke dunia poltik ini harus telus serta ikhlas dan harap tiada kepentingan peribadi saja.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac dilihat telah membalas kembali isu yang diperkatakan oleh Norman KRU ini.

Hans Isaac muatnaik keratan kenyataan Norman itu dan menegaskan dia tak pernah guna nama dan popularity untuk sertai politik.

“Saya tak pernah guna pun glamour untuk dapat sebarang kepentingan dalam dunia poltik ni. Saya dan team dah kerja keras dengan pelbagai program serta bantuan kepada orang ramai di sekitar Ampang.”

“Dia patut fikirlah sebelum beri kenyataan macam ni. Ada orang yang amat bagus untuk bantu orang lain, demi Malaysia yang lebih baik.”

“Ada juga orang yang lebih baik hanya fokus kerja yang patut mereka buat saja, lebih baik dari nak komen serta beri kenyataan tentang orang lain.”

“Kena dengar kisah dari kedua belah pihak, jika ada sebarang pendapat.”

Namun begitu, di ruangan komen, ramai berkata semual bahawa patutnya Hans Isaac tak perlu terasa dengan kenyataan Norman itu.

“Kenapa kamu kena bother dengan hal ini. Dia hanay bero pendapat saja. Kenapa nak kena terasa.  He was being asked and only gave his opinion. You are better than this”

“Tak perlu nak jadi defensive sangat, kena dengar dengan teriam sebagai komen membina. Kena bersedia kalau nak masuk politik ni.”

Itulah kisahnya tentang Hans Isaac dan juga Norman KRU.