Ainul Mardhiah ditidurkan, pakai ventilator.. Ini kronologi kes jangkitan sejak hari Jumaat

5,226 views

Sudah tentu semua masih ingat dengan adik Ainul Mardhiah, tetapi kini Ainul sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sejak semalam.

Kanak-kanak yang pernah menjalani pembedahan untuk barah mulut Germ Cell Tumor ini terus mendapat liputan dari media masa.

Adik Ainul kini sedang berjuang setelah disahkan terkena jangkitan kuman di dalam badannya.

Dalam perkembangan terkini, menerusi laporan portal Kosmo, ayah kepada Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan ananknya itu sedang ditidurkan dan menggunakan bantuan ventilator.

Ahmad Safiuddin mengesahkan anaknya itu kena jangkitan kuman atau virus yang kuat serta berlaku dengan amat cepat. Ainul berada di tahap kritikal.

“Hari Jumaat lepas, Ainul batuk dan ada secretion banyak. Tapi dia tak ada demam. Kami sudah bersedia dengan ubat kalau demam.”

“Pada hari Sabtu, Ainul ada muntah setiap kali feeding dan nampak dia dah tak aktif. Suhu pun dah naik sikit. Kami beri ubat dan buat tuaman badannya.”

“Di malam Sabtu, Ainul muntah dan mula cirit birit, sampailah ada awal pagi ahad.”

“Pagi ahad pagi, kami tengok keadaannya masih tak ok, jadi kami segera bawa Ainul ke klinik untuk check.”

“Lepas check, doktor di klinik terus minta kami bawa Ainul ke hospital dengan segera. Keluar klinik, saya terus cari emergency yang terdekat. Apabila sudah melakukan assessment, Ainul perlu masuk wad untuk pemeriksaan lebih lanjut.”

“Pemeriksaan xray telah dibuat dan ada nampak paru-parunya penuh dengan tompok putih, begitu juga di bahagian ususnya.”

“Pada hari Isnin, doktor bertindak nak beri support Ainul guna ventilator sebab kuman atau virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Doktor dah buat sehabis baik, support apa yang diperlukannya.”

“Punca jangkitan kuman, kami pun tak pasti, sesungguhnya kami tak nampak kuman tersebut.”

Dalam pada itu, pada malam Isnin dan awal pagi hari Selasa, ibu Ainul, iaitu Nurul Erwani, ada mendedahkan anaknya itu semakin baik dan stabil. Cuma doktor rehatkan dulu Ainul buat sementara waktu.

Ini beberapa update dari ibu kepada Ainul.

Harapnya ada berita baik dari doktor.” Itu penulisan last dari ibu Ainul Mardhiah.

Sama-sama kita doakan agar adik Ainul Mardhiah kembali sembuh.