Neelofa sedih orang Melayu Islam sendiri yang nak jatuhkan diri serta perniagaannya

1,501 views

Neelofa antara beberapa selebriti yang tampil dengan produk menjual inai. Seperti biasalah, sudah tentu bukan semua orang atau pengguna akan suka dengan produk yang dipasarkan.

Sebelum ini, memang ramai juga yang mengkritik produk inai keluaran Neelofa ini, contoh macam ada yang kata warna macam tersepit pintu, diragui status halal dan pelbagai lagi lah.

Lebih malang, ada pula pihak yang cuba nak melaga-lagakan dan membanding produk inai keluarannya dengan produk artis lain.

Yang tu lebih murah, yang ni lebih bagus, macam-macam lagi komen yang diberikan.

Oleh yang demikian, Neelofa kata dia tidak menolak kalau ada propaganda yang cuba nak jatuhkan dirinya serta perniagaannya.

Apapun, ibu kepada Bilal ini tetap cekal dan tak peduli dengan pihak-pihak yang tak senang melihat kejayaannya kerana bagi Neelofa, smeua rezeki adalah datangnya dari Illahi.

“Kalau mereka ni ada berniat nak menjatuhkan atau mahu tutup periuk nasi, kita ni ada misi yang lebih besar untuk memastikan perniagaan ini tetap berjalan dan berpanjangan selama bertahun-tahun.”

“Sekarang, ini rezeki kami adalah demi family kecil saya. Orang nampak ini sebagai propaganda untuk menutupkan bisnes saya, sebenarnya ini normal. Selagi ada peluang, akan ada pihak yang akan mencuba jatuhkannya.”

Jelas Neelofa lagi, dia sebenarnya sedih dengan sikap orang Melayu Islam sendiri yang mahu menjatuhkan dirinya dan tak sokong antara satu sama lain.

“Amat sedihkan apabila ada masyarakat kita, orang kita sendiri yang tak mahu nak support orang kita sendiri, orang Melayu, orang agama Islam buat bisnes.”

“Patutnya kita kenalah lebih sokongan untuk menjana ekonomi orang Islam tu sendiri. Janganlah kita ni hanya nak nampak tak puas hati saja apabila ada orang lain berjaya.”

Apapun Neelofa tak lah terlalu tertekan kerana dah kalis dengan isu sebegini.

“Setakat ini, kami memang sentiasa tenang, relax and hanha mahu nak move forward saja.”

Itulah komen dari Neelofa tentang isu ini.