Akhirnya Dato Fizz Fairuz cerita dia berniaga apa - News Tel

Akhirnya Dato Fizz Fairuz cerita dia berniaga apa

60,845 views

Dato Fizz Fairuz antara selebriti yang amat aktif dalam bidang perniagaan. 

Malahan baru-baru ini, Fizz Fairuz baru saja merangkul trofi Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023 yang berlangsung pada minggu lepas, anjuran dari Media Home Communication. 

Namun sehingga kini, masih ramai lagi yang tak tahu apa sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh pelakon berumur 43 tahun ini. 

Setelah ramai yang berteka teki, akhirnya Fizz Fairuz tampil menjawab persoalan tentang apakah perniagaannya itu. 

Melalui laporan Mstar, Fizz Fairuz memberitahu, dia melakukan pelbagai jenis business. 

Malahan ada produk yang dijalankan berjaya menembusi pasaran luar negara, cumanya ramai yang tak tahu.  

Selain itu, Fizz Fairuz juga mempunyai syarikat sendiri iaitu Rainmaker Creation, dan yang terbaru akan tampil dengan filem Mat Tudung Begins. 

“Saya akui memang ramai orang yang bertanya terutama di media sosial, mereka tertanya yang saya ini berniaga apa sampaikan baru ni saya diberikan anugerah.”  

“Memanglah saya sedar diri ini tak terkenal seperti Meerqeen atau pun Anna Jobling ke, mereka ni orang akan tahu perkembangan mereka.”  

“Anugerah yang saya terima tu telah diberikan oleh orang. Saya ni memang berniaga dan saya ada lima produk yang saya jual. Ini termasuklah songkok, sambal dan juga produk kecantikan. 

“Sambal keluaran saya pun dah sampai ke Turkiye kalau nak tahu.” 

Sambal keluaran Fizz Fairuz

Oleh kerana ramai yang selalu tanya, sampai ada yang membuat tuduhan bukan-bukan, selepas ini Fizz Fairuz akan lebih banyak bercerita tentang perniagaannya.  

“Saya ni tak bercerita semua benda kepada umum,  tetapi saya tak berkecil hati dengan komen warga maya ni. Selama saya dalam industri saya tak pernah pun nak terasa atau sentap.”  

“Mungkin saya ni tak banyak cerita tentang businese saya, jadi ramai yang tak tahu, lepas ni saya akan cerita lebih banyak lah, agar mereka akan tahu.” 

Songkok dari Fizz Fairuz
Filem terbaru Fizz Fairuz, Mat Tudung Begins

Itulah jawapan dari Datuk Fizz Fairuz tentang perniagaan yang dijalankan, rupanya dah sampai ke Turkiye produknya. 

Semoga Fizz Fairuz akan terus sukses dan lebih berjaya dalam perniagaannya dan juga dalam bidang seni, ramai yang tetap setia nak lihat Fizz Fairuz berlakon di kaca TV mahu pun layar perak. 

Latest from Hiburan


“Shuib, sampai hati tak jemput Jep”

7,093 views

Sampai hati Shuib tak jemput Jep, itulah antara komen yang ditinggalkan oleh netizen yang juga peminat kumpulan Sepahtu. 

Semalam telah terungkai mengapa Jep tidak kelihatan di majlis pernikahan di antara Shuib dan juga Watie. 

Menerusi satu siaran secara langsung, Jep menjawab soalan dari peminatnya mengapa dirinya tidak kelihatan di majlis nikah Shuib dan Watie. 

Jep yang sedang bercuti hari raya di kampung Sari Yanti, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, telah membuat satu sesi siaran langsung, bersama anak-anak dan anak buahnya. 

Pelawak yang juga penyampai radio Sinar ini melayan karenah anak-anak, sambil menjawab komen-komen dari para peminatnya. 

Kemudian, ada seorang individu terus saja bertanya mengapa Jep tak hadir di wedding Shuib. 

Tanpa berselindung, Jep kemudian terus saja menjawab dirinya tak dijemput ke majlis berkenaan. 

Peminat: Jep kenapa tak datang Shuib kahwin.” 

Jep jawab: Oh saya tak dijemput ke majlis tu.” 

Ini video di saat Jep menjawab soalan dari netizen itu. 

Jep tak dijemput

Jep akui tak dijemput wedding Shuib

Posted by Online on Saturday, July 1, 2023

Menjengah di ruangan komen, rata-rata para peminat kumpulan Sepahtu berpuas hati setelah akhirnya menemui jawapan dari tuan punya badan sendiri, setelah ramai sebelum ini tertanya mengapa tiada kelibat Jep di wedding Shuib dan Watie. 

Rata-rata peminat memberi pandangan mereka tentang jawapan dari Jep yang dikatakan secara direct ini. 

Antaranya tertanya mengapa sampai hati Shuib tak jemput Jep, yang merupakan kawan lama sejak mereka susah senang bersama dalam kumpulan Sepah. 

“Sampai hati Shuib tak jemput Jep.” 

“Shuib kenapa tak jemput kawan sendiri.” 

“Dah settle, direct je Jep jawab. Steady, tak payah nak meleret leret.” 

“Mohon mak Shuib pula tolong jawabkan kenapa tak jemput Jep.” 

“Ada hal dalam kelambu tu, hanya Jep dan Shuib je yang tahu.” 

Ini antara komen dari warga maya tentang hal ini. 

Diimbas kembali, pada hujung bulan Jun lepas, Shuib dah pun sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah. 

Di majlis hari bahagia Shuib itu, kesemua ahli Sepahtu tak kelihatan termasuklah Jep, Mamat, Pak Ya dan Rahim.  

Go to Top