Akhirnya doktor dah sahkan, ini kenyataan Syatilla Melvin “Apa nak jadi kat ibu, jadilah”

13,934 views

Pelakon Syatilla Melvin, isteri kepada actor Shaheizy Sam mengumumkan perkembangan terkini tentang kandungannya yang ketiga ini.

Ternyata satu dugaan besar telah diterima oleh Syatilla, apabila kandungannya kali ini mempunyai isu melibatkan placenta atau uri baby.

Pihak doktor telah membuat pengesahan bahawa Syatilla Melvin telah alami condition dikenali sebagai placenta previa.

Kepada yang tak tahu, placenta previa ini merupakan isu melibatkan kedudukan uri yang berada di bahagian bawah.

Sekiranya uri di bahagian bawah, ada pelbagai komplikasi yang boleh terjadi seperti pendarahan, dan kekurangan oksigen untuk baby dalam kandungan.

Selain itu, jika kedudukan uri menutup ruangan untuk baby keluar, maka terpaksalah pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan baby dalam kandungan.

Melalui satu kenyataan, Syatilla memberitahu, doktor memang mengesahkan dia sedang alami placenta previa.

“Tadi saya pergi checkup doktor, dan pihak mereka dah bagi tahu baahwak saya ada placenta previa.”

“Itulah sebab saya ni seakrang asyik berlakunya pendarahan. Kalu jalan banyak saja akan adalah pendarahan. Angkat barang, angkat anak kalau ada berkasar sedikit, akan adalah pendarahan. Rupanya sebab uri dah kat bawah.”

“Memang lain anak, lain pembawakannya. Yang nombor toga ni memang lain dan pelik sikit, dari awal lagi.”

Perkembangan tentang kandungan berkenaan, doktor merancang untuk melakukan pembedahan dan meminta Syatilla untuk masuk ward bermual minggu ke 36.

“Yang nombor tiga ni, doktor kata dah confirm lah kena buat pembedahan, takada rezeki sungguh. Tak apa, apa jadi kat ibu pun, yang penting anak ibu selamat dan sempurna, amin.”

“Doktor dah suruh masuk ward dari 36 weeks ni. Tapi saya nak raya, tak mahu masuk ward lagi.”

Syatilla menjelaskan, sejak dia hamil anak ketiga ini, dirinya juga ada rasa tak mahu nak buat marketing untuk barang-barangnya.

“Sampai sekarang ni, saya memang tak lalu nak buat marketing untuk produk sendiri. Berapa lama dah saya tak buat content untuk Kekasih HQ. Kalau pegang ja barang-barang tu, terus rasa meremang sampaikan nak pening. Memang aneh.”

Itulah ceritanya tentang Syatilla Melvin yang alami placenta previa untuk kandungan kali ini.