Ini komen Sharnaaz Ahmad tentang kenyataan adik Shila Amzah

27,116 views

Selepas Syada Amzah iaitu adik Shila Amzah buat satu luahan hati tentang seseorang yang memanggil dengan gelaran yang tak berapa nak baik, ramai yang tertanya kepada siapakah ianya ditujukan.

Antara nama yang kena petik ialah Sharnaaz Ahmad. Ini diketahui ramai Sharnaaz mempunyai sejarah dengan Shila Amzah, sebagai temannya sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah.

Melalui laporan Kosmo, akhirnya tuan punya badan iaitu Sharnaaz telah tampil menceritakan pendapatnya dan juga respon tentang kenyataan adik Shila Amzah itu.

Jelas Sharnaaz, ketika ini dia hanya mahu fokus kepada hal yang positif saja dalam hidupnya. Sharnaaz tidak mahu memberi respon yang mungkin akan menambah bara lagi.

“Kini, hanya hal yang positif saja ada dalam hidup saya. Hal yang tak positif tu minta dalam ujian test Covid saja.”

“Saya tak berminat lah mahu beri komen panjang lebar. Saya sekarang ni ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang iaitu anak saya, Jebat Jayden.”

Tentang adakah Sharnaaz ada terasa hati atau naik angin dengan hal berkenaan, ini jawapan dari Sharnaaz Ahmad.

“Saya tak ada nak marah lah. Sekarang ni gembira saja. Dah lama saya ni tak marah-marah. Sekarang ni saya kena marah ada lah, dengan Jebat.”

Itulah respon dari Sharnaaz Ahmad tentang isu yang diluahkan oleh Syada Amzah.

Antara ayat Syada Amzah ialah dia tak akan memaafkan individu berkenaan, yang menggelara beberapa perkataan yang tak elok kepada ahli keluarganya. Sehingga kini tidak diketahui kepada siapa ditujukan ayat itu.

Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad akui dia tak ada sebarang isu pun dengan Shila Amzah, begitu juga dengan Shila Amzah yang berterima kasih kepada Sharnaaz yang menyokongnya terutama ketika Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.