Akhirnya Jep Sepahtu bongkar punca Shuib tak sertai Sepahtu Reunion

39,051 views

Setelah Shuib Sepahtu tampil bersama kumpulan Ubi untuk rancangan baru, ramai tertanya mengapa pelawak berkenaan tak meneruskan saja bersama Sepahtu Reunion Live. 

Sebelum ini dikatakan kumpulan Sepantu ada cuba mengajak Shuib semula untuk sertai Sepahtu Reunion namun dikatakan Shuib sedang berehat. 

Namun baru-baru ini Shuib mendedahkan bahawa, tak ada pun sesi memujuk dari kumpulan Sepahtu untuk sertai rancangan Sepahtu Reunion. 

Melihat isu ini semakin berlarutan, akhirnya Jep Sepahtu tampil memberi pendedahan tentang apa sebenarnya yang terjadi. 

Jelas Jep Sepahtu, semua berlaku kerana satu adegan yang menyebabkan Shuib digantung selama dua minggu di Sepahtu Reunion. 

Jep Sepahtu menjelaskan hal yang berlaku agar tak ada lagi pihak tertanya tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada Shuib, dan mengapa Shuib tak sertai Sepahtu Reunion lagi. 

“Salam semua, hari ini tergerak hati saya dengan keizinan dari Nya. Rasanya dah tiba masa untuk saya hentikan drama sinetro ini.” 

“Saya tak kemaruk publisiti seperti ini, oleh itu saya beritahulah mengapa dia, Shuib dah tak ada lagi dalam Sepahtu Reunion Live.” 

“Sebab saya beritahu adalah kerana jawapan yang dikeluarkan selalunya tergantung dan sentiasa berubah-ubah.” 

Ini punca semuanya terjadi, iaitu adegan mesin kelapa, yang menyebabkan Shuib digantung kerja. 

“Ceritanya bermula setelah ada satu babak yang dia buat dalam Sepahtu Reunion Live mendapat kecaman teruk dari orang ramai.”  

“Aksi tak berpatutan itu berlaku ketika babak dia sedang menggunakan mesin kelapa. Dengan itu pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia memohon maaf secara terbuka kemudian dia telag dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.”  

“Tindakan itu sebenarnya jadi ingatan kepada semua para pelakon. Sepahtu Reunion ini merupakan untuk tontonan umum, semua lapiran masyarakat.” 

“Selepas dia minta maaf, dia masih ada rasa kurang puas hati dengan tindakan penggantungan itu. Lantas dia memberikan kata dua, jika dirinya digantung dua minggu, dia memilih untuk tak teruskan lagi 50 episod seterusnya.” 

Setelah musim baru muncul, Jep mengatakan Sepahtu ada mempelawa SHuib untuk kembali, namun tak ada pun sampai memujuknya. 

“Musim baru dah pun tiba. Taklah kami melutut memujuk tetapi kami ni hanya bertanya, mempelawa dan menjemputnya semula. Kemudian kami ni pun tunggu keputusannya. Namun nampaknya dia hanya senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.” 

“Tetapi para penonton serta peminat terus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Kenyataan yang ada pun dilihat tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya hanya memerhatikan hal ini saja. Bagi saya tak perlu saya masuk campur, itu keputusan dia. Terpulanglah kepada dirinya.” 

Jep Sepahtu berkata kumpulan Sepahtu tak pernah pun sama sekali membuang Shuib. 

“Sepahtu tak pernah pun buang dia. Memang kami tertunggu untuk dia kembali. Setelah ada waktu dia menyatakan dirinya mahu rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun, namun satu per satu rancangannya telah keluar. Itu membuatkan kami temangu-mangu.” 

“Tidak mengapalah. Kini hatipun telah menjadi tawar. Waktu dah berlalu pergi. Kisah kami yang indah saya simpan untuk diri sendiri.”  

“Janganlah ditanya lagi mahupun diasak untuk suruh bersama lagi. Tak ada sedikit rasa amarah dan rasa dendam cuma kenyataan untuk pembetulan.” 

Jep Sepahtu berkata walaupun Shuib dah tiada bersama Sepahtu, dia tetap mendoakan kejayaan sahabatnya itu.