Shuhada buka cerita dedah punca, Hafidz Roshdi hadir ke balai lantas ditahan polis

13,012 views

Kerana kes ditumbuk bekas suaminya ,Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menjadi spotlight ramai pihak. 

Ramai yang nak tahu apa punca sehingga Hafidz Roshdi naik tangan ke atas wanita berkenaan. 

Semalam, menerusi satu pertanyaan dari seorang follower, akhirnya Nurul Shuhada mendedahkan sedikit cerita apa yang terjadi, dan punca Hafidz Roshdi bertindak sedemikian. 

Kata Shuhada, apa yang berlaku ialah Hafidz Roshdi telah terkantoi masih lagi berhubung dan menjalin hubungan dengan wanita yang dikaitkan sebagai wanita ketiga iaitu Athira Yuhada. 

Sebelum ini, Athira Yuhada telah membuat satu kenyataan dengan mengatakan dia dah pun memutuskan hubungan dengan Hafidz Rishd, namun kata Shuhada, semua itu tak benar. 

Jadi setelah terkantoi masih lagi berhubung, Hafidz Roshdi naik angin.  

“Dia dah terkantoi lagi buat kali kedua dengan Shu sebelum dia melafazkan cerai. Pihak di sana sebelum ini ada buat permohonan maaf dan mengatakan tidak akan contact segalanya namun sebenarnya mereka masih lagi berhubungan.”  

“Hafidz ni sebenarnya takut dengan bayang-bayangnya sendiri dan kesalahan dia. Tak ada sebarang provokasi, hanyanya ketakutan dalam diri sendiri bakal kena viral sebabnya kekasih hati dia tu takut kena kecam lagi.” 

Ini komen yang ditulis oleh Nurul Shuhada menjawab punca dirinya dicederakan oleh bekas suami Hafidz Roshdi, dalam satu kejadian di tempat rehat Rnr di Sungai Buloh. 

Dalam pada itu, pihak polis telah mengesahkan telah menahan Hafidz Roshdi pada hari Sabtu. 

Hafidz Roshdi sendiri telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Selangor, sekitar waktu tengah hari. 

Setelah kenyataan diambil, Hafidz Roshdi telah dilepaskan oleh pihak polis dengan jaminan dari polis sendiri. 

Hafidz Roshdi dilepaskan di waktu petang pada hari yang sama iaitu hari Sabtu.  

“Polis dah ambil keterangan dari mangsa, suspek dan juga dua orang saksi. Kemungkinan akan mengambil keterangan dari mangsa sekali lagi.” 

Polis kini masih lagi menyiasat kes yang berlaku ke atas Hafidz Roshdi dan juga Nurul Shuhada ini.