“Dia kan baru menang AJL, Mask Singer” Ramai tak setuju Shila Amzah masuk Gegar Vaganza

1,440 views

Musim ke 9 rancangan Gegar Vaganza (GV9) telah diumumkan akan kembali pada bulan sSeptember ini. 

Semalam seramai 16 peserta telah diumumkan untuk berentap menjadi juara rancangan yang amat popular ini. 

Peserta yang akan sertai ialah Tomok vokalis New Boys, Bob Yusof, Roy kumpulan Capella, Asheed dari kumpulan Def Geb C dan dua penyanyi negara jiran Singapura iaitu Hazrul Nizam dan Fuad Rahman. 

Dalam pada itu, peserta lain ialah Jaclyn Victor, Dina Nazir, Shila Amzah, Pat Candy, Haida, Tom Fara dan kumpulan VE. 

Memang begitu hebat peserta pada tahun ini, namun ianya telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan dari kalangan peminat rancangan Gegar Vaganza. 

Ini kerana ramai peserta yang masuk dilihat masih lagi aktif dalam dunia seni seperti Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor. 

Teruatama Shila Amzah yang baru saja menang beberapa pertandingan sebelum ini, seperti Anugerah Juara Lagu dan juga The Masked Singer. 

“Kenapa Shila Amzah, Tomok join, mereka masih lagi hebat, ingatkan GV ni platform untuk artis lama yang dah sepi dan untuk buat comeback.” 

“Lari dah program ni, Shila Amzah paling tak layak masuk. Macam ni baik panggil Datuk Seri Nurhaliza sekali.” 

“Bukan GV ni untuk penyanyi buat kemunculam semula, memang tak sesuai Shila Amzah dan Jaclyn Vitor masuk, mereka amat aktif dalam bidang seni, patut bagi peluang artis lama.” 

Ada juga mencadangkan lebih baik ambil bapa Shila Amzah, iaitu ND Lala. 

“Kentandusan artis ke, Shila ni aktif lagi, asal tak ambil bapa dia je, ND Lala.” 

Itulah antara komen serta respon dari para peminat rancangan Gegar Vaganza setelah melihat senarai penuh peserta GV9 musim baru ini. 

Gegar Vaganza musim ke sembilan akan start pada 18 September ini, jangan lupa layan.