Pelakon terkenal negara jiran akui hidup dah bosan sebab terlalu kaya

4,206 views

Ini kisah seorang selebriti bernama Raffi Ahmad. Sebagai pelakon, penyanyi, pengacara yang juga bergelar ahli perniagaan, Raffi Ahmad, 35 tahun, boleh dikatakan antara selebriti yang berjaya di negara jiran, dan berstatus jutawan.

Dengan kejayaan yang dikecapi, jika di negara Indonesia, individu atau selebriti yang berjaya dan kaya raya ini turut dilabel sebagai sultan.

Seorang seniman yang sukses, menerima nama gelaran sultan.

Di Indonesia, Raffi Ahmad merupakan salah seorang selebriti yang diberi gelaran sultan.

Namun begitu, baru-baru ini, di satu posting di laman media, Raffi Ahmad mendedahkan dia kini sudah boring dan bosan hidup dengan gelaran bosan.

Sambil muatnaik satu gambar dengan kereta mewah jenis Ferrari, Raffi menulis semua tu biasa saja.

“Saya kini sudah bosan menjadi sultan, rasanya dah biasa saja.” Caption dari Raffi sambil membuat wajah seakan sedang dalam kebosanan.

Isteri Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina juga ada berkata bahawa dia juga dah bosan bergelar Ketua Pegawai Eksekutif.

Kenyataan serta komen dari Raffi Ahmad ini nampaknya telah memakan diri apabila warganet dengara berkenaan melabel Raffi sebagai seorang yang tak bersyukur.

Ada juga warganet yang mahu bertukar menjadi diri Raffi, jika disa sudah bosan menjadi kaya raya dengan harta yang melimpah ruah sebegitu.

Ini antara komen-komen yang ditulis warga maya kepada Raffi Ahmad.

“Mengapa awak ni tak bersyukur, kat dunia ni memang kamu diberi kekayaan. Akhirat belum tentu lagi kaya.”

“Ingatlah, Tuhan boleh membalikkan kekayaan kamu tu sekelip mata. Jangan nak sombong sangat. Masuk kubur pun tak boleh bawa Ferrari tu.”

“Tukar posisi lah, bagi aku jadi diri kamu pula.”

Raffi Ahmad banyak membintangi drama, dan filem yang sukses di negara jiran, dan dia juga merupakan ahli perniagaan yang berjaya.

Sebelum ini Raffi Ahmad mendedahkan, dia memberi wang saku kepada isterinya sebanyak RM50ribu untuk satu bulan, ye betul duit Ringgit Malaysia bukan dalam Rupiah ye.