Kisah perpisahan antara pasangan selebriti iaitu Azri Iskandar dan juga Ellie Suriaty mendapat perhatian ramai.
Kedua mereka telah disahkan bukan lagi pasangan suami isteri setelah Azri Iskandar melepaskan Ellie Suriaty dengan talak satu.
Setelah 19 tahun mendirikan rumah tangga dan hidup bersama, mereka berdua memilih untuk berpisah dan meneruskan kehidupan dengan haluan masing-masing.
Berkata kepada media, Ellie Suriaty mengatakan mereka dah tak ada lagi persefahaman sebagai suami isteri, namun mereka akan teruskan hubungan yang baik kerana mempunyai anak-anak yang akan dijaga bersama.
Ellie juga akui dia memohon fail untuk berpisah dan turut bercerita momen ketika Azri melepaskannya.
“Saya buat permohonan pada 22 April, semasa bulan Ramadhan yang lepas. Saya nak berpisah dengan baik.”
Ini pula kisah ketika Azri mahu melafazkan talak kepada Ellie Suriaty.
“Rasa hiba dan sebak tu ada dan bukan mudah untuk kami apatah lagi dah hidup bersama lama. Semasa pertama kali Azri nak melafazkannya, dia pun rasa sebak dan memang tak dapat nak lafazkannya dengan mudah.”
“Pihak mahkamah terpaksa memintanya untuk bertenang dan tarik nafas. Dia ambil masa untuk melafazkannya.”
Itulah keadaan Azri Iskandar ketika mahu melepaskan Ellie Suriaty.
Dalam pada itu, ketika pihak media try contact Azri Iskandar, pelakondan pengarah ini akui dia dah pun melafazkan talak kepada Ellie, namun dia memilih untuk tidak berbicara tentangnya secara berlebihan.
“Yes betul, saya dah berpisah dengan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak ada persamaan dan tak sehaluan lagi. Namun kami ni tidak bergaduh pun. Kami tetap sama-sama jadi kawan, ahabat baik seperti saudara sebab Ellie merupakan ibu kepada dua orang anak kami.”
Itulah komen ringkas dari Azri Iskandar tentang perpisahannya dengan Ellie Suriaty seperti yang dilaporkan portal Gempak.