Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga baru-baru ini.
Syatilla telah pun selamat melahirkan anak ketiga pada tarikh 9 Mei 2022 di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota, Kuala Lumpur.
Kali ini, pasangan ini menerima kehadiran anak mata perempuan, baby girl.
Nama yang dipilih untuk baby perempuan yang kedua ini ialah Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam, nama yang sedap didengari.
Menerusi Ig story, baru-baru ini, Syatilla Melvin ada membuka kaunter pernyataan kepada semua para peminatnya untuk bertanya sebarang soalan.
Dari segmen Tanya Saya Soalan itu, ramai yang terkejut dengan salah satu jawapan dari Syatilla Melvin.
Soalan yang diajukan oleh peminatnya ialah: “Apa yang Tilla suka tentang pantang selepas bersalin.”
Jawapan dari Syatilla Melvin ialah dia sebenarnya langusng tak berpantang selepas bersalin ini.
“Saya suka semua, sebab aku ni tak pantang langsung sebenarnya.” Itu jawapan dari pelakon berumur 31 tahun ini.
Kemudian, ada pula satu lagi pertanyaan dari peminat lain yang mengatakan dia ada terjumpa dengan Syatilla di sebuah shoping mall di Melaka. “Berpantang kat Melaka, ke hari itu nampak macam pergi Lotus (Tesco).”
Syatilla Melvin kemudian menjawab: “Eh mana ada kami merayap.” Sambil letak emoji gelak sinis.
Selain itu, banyak lagi pertanyaan dari netizen yang diajukan kepada Syatilla Melvin. Antaranya ialah soalan tentang kos bersalin di hospital swasta.
“Syatilla, mahal tak kos nak bersalin kat hospital tu, kalau masuk ward berapa hari.”
Pelakon ini kemudian tidak menjawab secara direct tetapi membandingkan kos bersalin umpama harga sebuah motorsikal.
“Harga bersalin ni macam harga nak beli motorsikal sebijik.”
Salama merupakan anak ketiga buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, sebelum ini pasangan ini mempunyai anak lelaki iaitu Syeriv dan anak perempuan bernama Sarima.