Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

7,684 views

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun yang lepas.

Jurang usia 20 tahun tidak menjadi sebarang bahan bualan namun lebih kepada persoalan tentang status Miera Leyana sebagai isteri kedua.

Ketika itu telah timbul ura bahawa Miera sebenarnya merupakan isteri kedia Rosland Othman.

Ada video yang mendedahkan bahawa Rosland sudah berkahwin dan memiliki tujuh orang anak.

Kini timbul pula satu lagi dakwaan lain bahawa suami Miera ini sedang dalam proses perpisahan dengan isteri pertamanya itu.

Melalui laporan dari Berita Harian, jika berlaku pergolakkan rumah tangga isteri pertama, dah tentu Miera dituding jari sebagai puncanya.

“Mana dengar cerita semua ini? Secara jujur, saya tak nak masuk campur dalam urusan perkahwinan suami dengan madu.”

“Namun, saya tahu ramai dah dengar berita tentang kemelut perkahwinan antara mereka. Tak ada apa yang boleh saya nak komen. Itu tak ada kena mengena saya.”

Tentang kisah rumah tangga Rosland dan isteri pertama sudah bergolak dan mahu berpisah, Miera tak mahu menjawab.

“Itu merupakan urusan suami dan isterinya, biar mereka saja yang selesaikannya dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak saya iaitu Rachel Aisyah yang baru saja sambut ulang tahun pertama.”

“Bagi saya, tak adil kalau pasangan poligami berpisah, dan terus mahu tuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang dah ada isu, tapi itu tak ada kaitan dengan saya.”

“Sebarang keputusan suami dan madu, saya tidak masuk campur. Itu pilihan mereka.”

Selain itu, Miera Leyana nafi perkahwinannya menjadi punca.

“Saya tak fikir begitu, kalau tak kahwin dengan saya pun, mereka akan ada masalah. Dah dua tahun saya kahwin, adakah dengar kisah yang bukan-bukan tentang saya ke.”

Tentang hubungannya dengan madiu, Miera menjawab lebih hanya fokus pada family nya saja.

“Saya tak fikir orang lain, apatah lagi, nak ambil tahu hal orang lain, dan ini termasuk kehidupan suami dan madu. Lepas kahwin, saya hamil dan kemudian sibuk besarkan anak. Saya sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.”

Itulah komen dari Miera Leyana tentang isu suami dan madunya akan berpisah.