Mengalir air mata Eina Azman melihat keadaan suaminya “I tahu you kuat”

19,862 views

Satu dugaan buat pelakon Datin Paduka Eina Azman apabila dirinya dan juga suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah disahkan positif terkena jangkitan Covid sejak semalam.

Dalam perkembangan terbaru, Eina Azman ada menyatakan baahwa tahap kesihatan suaminya agak merosot bermula sejak semalam dan bacaan level oksigen suaminya dilihat agak rendah.

Assalamualaikum semua. Minta tolong doakan kesihatan dan kesejahteraan untuk suami saya agar dia kembali sihat seperti sedia kala. Doakan agar suami saya yang kini berada di hospital jadi lebih kuat untuk berjuang menentang virus ini. Kadar oksigen suami saya telah turun sampaikan dia dah perlu guna alat bantuan pernafasan.

Menerusi dua Ig story, Eina Azman juga ada muatnaik video menunjukkan suaminya yang tebaring dalam keadaan terlentang, meniarap sambil memakai topeng bantuan pernafasan.

Dapat dilihat Eina dalam keadaan yang amat risau dan sedih melihat suaminya itu dan jelas air mata berguguran.

Promise to me, akan balik rumah cepat ye sayang. I tahu you seorang yang amat kuat. You kena cepat sihat dan kembali pada saya dan juga Aubrey dan Karl. Saya sayang awak, kami tunggu di rumah.

Pelakon berumur 26 tahun ini memberitahu dia, suami dan pembantu rumah telah disahkan positif pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ketujuh baru-baru ini.

Eina Azman ada symptoms demam serta batuk-batuk. Sementara suaminya pula dikhabarkan telah demam dengan suhu yang tinggi selain level oksigen tak berapa menentu.

Kedua mereka dikhabarkan sudah pun menrima suntikan vaksin sebelum ini. Sama-sama kita doakan buat Eina dan juga suaminya agar kembali pulih.

Eina Azman dan Datuk Kaiser bernikah pada tahun 2014 dan mempunyai sepasang anak kembar berumur 5 tahun bernama Ariana Aubrey dan Karl Kareef.