Alahan pelik Asha Merican, suka bau simen “Tak boleh dengar lagu Melayu, English terus muntah”

1,620 views

Pemenang Hero Remaja yang juga pelakon Harris Annuar mengesahkan bahawa isterinya iaitu pelakon Asha Merican kini sudahpun hamil anak pertama mereka. 

Selepas 8 bulan bergelar suami isteri Asha Merican kini sudah pun masuk ke trimeseter yang ketiga. 

Dia dan isteri merahsiakan fasa awal kehamilan Asha Merican malah tidak mahu memberitahu sama anaknya lelaki atau pun perempuan.  

“Sebenarnya isteri saya kini hamil dah banyak bulan, namun kami berdua pilih untuk merahsiakannya. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami umumlah. 

Bercerita tentang kehamilan isterinya, Harris Annuar mengatakan pelbagai alahan yang pelik dialami oleh Asha Merican. 

Antaranya tak boleh dengar lagu Melayu dan English kerana akan muntah dan juga dia lebih gemar bau simen.  

“Isteri saya ada alahan yang unik dan pelik, dia tak boleh dengar lagu Melayu atau English nanti dia akan muntah. Itu berlaku ketika trimester pertama. Untuk elak muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan sebab dia suka bau simen.” 

Harris juga ada muatnaik video isterinya sedang bau simen di tangga kawasan kediaman mereka. 

Ini caption yang ditulis oleh Harris Annuar. 

“Dilema bakal ibu, inilah rutin saya, setiap petang akan bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan. Siapa macam ini juga.” 

“Buat apa tu, bau simen ke tu, sedut bau tu, dah puas.” 

Selain itu, Asha Merican juga tak boleh nak bau badan suaminya.   

“Asha juga alah pada bau badan saya. Dia tak boleh bau oleh itu saya kena guna sabun badannya agar miliki bau yang sama.” 

“Lagi kelakar lagi, dia guna sabun baby sebab kulit dia ni jenis yang sensitif. Oleh itu saya pun guna sabun baby.” 

Selain itu, isterinya juga ada mengidam nak makan asam pedas di Melaka, dan memang suka dengan asam pedas sepanjang hamil. 

Untuk info, Harris Annuar yang merupakan anak kepada jutawan Kak Ton, bernikah dengan Asha Merican pada bulan Jun 2022, dan mereka sebenarnya dah bercinta selama empat tahun.