Ali Puteh bidas kenyataan jiran, juga akan buat report polis

47,694 views

Selepas isu antara balu arwah Abam iaitu Hidayah dan adik ipar, Ali Puteh medapat liputan media, ada beberapa individu yang mendakwa merupakan jiran telah membuat kenyataan. 

Individu berkenaan merupakan jiran-jiran di kawasan rumah arwah Abam itu dan menulis komen di laman Facebook. 

Antara penulisan dari jiran berkenaan ada mengatakan bahawa di dalam rumah ketika Hidayah datang itu memang ada orang. 

Jiran juga mendakwa, selepas Hidayah dan pihak peguamnya pulang, barulah orang di dalam rumah itu keluar dari rumah berkenaan. 

Menjawab komen dari jiran berkenaan, Ali Puteh telah pun memberi kenyataan balas. 

JAWAPAN ALI KEPADA JIRAN 

Jelas pelawak ini, dia meminta supaya jiran-jiran yang menulis komen itu untuk memberikan bukti bahawa ada orang di dalam rumah. 

Ini kenyataan Ali Puteh seperti yang dilaporkan oleh portal Gempak. 

“Nampaknya fitnah dah menjadi semakin besar pula sekarang ni.” 

“Saya meminta jiran yang kononnya jiran saya tu, tampil ke hadapan. Mereka kena memastikan sama ada betul saya ada di dalam rumah atau pun tidak ada di dalam rumah ketika itu.” 

“Memang saya ni tidak duduk di situ, dan tak ada pun masa tu, macam mana jiran kata saya boleh ada di situ.” 

“Kalau betul sila tampil. Selalunya kalaulah betul, dia tak pakai akaun yang tak betul ni.” 

Itulah kenyataan dari Ali Puteh tentang komen dari jiran. 

ALI PUTEH BUAT REPORT POLIS 

Dalam pada itu, Ali Puteh juga akan buat report polis. Kali ini ianya melibatkan mesej-mesej yang diterima sejak isu ini tular. 

Ali Puteh menerima mesej yang telah mencerca dirinya dan turut melibatkan arwah ibunya dan juga isterinya. 

“Sedih saya, sampai macam ni orang mengata terhadap arwah mak dan juga isteri saya. Boleh jumpa insan ni, saya akan buat report, dengan izin Nya, pasti jumpa orang ni.” 

Sehingga kini, kes antara Hidayah dan juga Ali Puteh ini masih lagi belum selesai.