Inilah wajah serta identiti tunang kepada Raysha Rizrose, Nabil Jeffri

17,046 views

Pelakon Raysha Rizrose, 27 tahun, sudah pun mengumumkan pertunangan dengan seorang jejaka. Tunang kepada Raysha Rizrose ini bernama Nabil Jeffri, 29 tahun. 

Majlis pertunangan antara Raysha Rizrose dan juga Nabil Jeffri telah berlangsung di Tropicana Golf And Country, Petaling Jaya. 

Ianya berlangsung pada 22 Disember tahun 2022, iaitu kira-kira dua bulan yang lalu.  

Namun Raysha Rizrose memilih untuk mengumumkan pertunangan berkenaan pada tarikh 14 Februari, yang sinonim dengan hari kekasih. 

KENYATAAN RAYSHA RIZROSE TENTANG MAJLIS TUNANG 

Ini kenyataan dari Raysha Rizrose tentang pertunangannya dengan Nabil Jeffri. 

“Ini satu langkah untuk ke fasa seterusnya, kami pun dah lama berkawan.” 

“Di majlis berkenaan, family Nabil Jeffri datang merisik dan kami pun bertunang.” 

“Saya pun post lambat sebab memang bak kata orang, tak mahu kecoh-kecoh, bab bertunang.” 

“Majlis pernikahan kami pun dalam masa terdekat ni, kami sedang buat persiapan, apa pun kami akan umumkan.” 

“Umur kami pun dah meningkat jadi dan saya pun dah bersedia bergelar isteri.” 

SIAPAKAH IDENTITI TUNANGNYA NABIL JEFFRI 

Raysha Rizrose dan Nabil jeffri sudah berkawan sejak umur mereka belasan tahun, mereka berkenalan sejak sekolah lagi. 

Kepada ramai yang tak tahu, Nabil Jeffri merupakan seorang pelumba kereta profesional. 

Bermula dari umur 10 tahun, Nabil Jeffri sudah terlibat dalam perlumbaan kereta go kart, dan dilihat amat berbakat. 

Keluarga Nabil terus memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan kerjaya sebagai pelumba kereta profesional. 

Nabil Jerffri pernah bergelar juara dalam beberapa perlumbaan dan turut terlibat dalam perlumbaan Formula 3 atau F3. 

Malahan, Nabil Jeffri juga merupakan pemandu F1 termuda untuk jentera Lotus satu masa dulu. 

Selain sebagai pelumba kereta, Nabil Jeffri juga kini telah memulakan perniagaan trading bersama rakan-rakannya, dan sedang berkembang maju. 

KELUARGA NABIL JEFFRI 

Bapa Nabil Jeffri bernama Jan Al Jeffri, yang merupakan CEO dan pengarah kepada sebuah syarikat terkenal. 

Sementara itu ibu Nabil Jeffri pula ialah tokoh korporat, Datuk Farisha Pawanteh, memegang jawatan yang amat hebat seperti pengarah syarikat Uzma, COO untuk Primeworks Studio dan mengasaskan syarikat Stand Out Sdn Berhad. 

Nabil Jeffri, merupakan abang sulung dan mempunyai dua orang adik lelaki. 

GAMBAR NABIL JEFFRI DAN RAYSHA RIZROSE DI MAJLIS TUNANG 

Ini beberapa keping foto pasangan ini di majlis pertunangan mereka. 

Tahniah buat Raysha Rizrose dan pasangannya Nabil Jeffri, semoga cepat naik pelamin.