Masih ramai yang tak kenal dengan penyanyi digelar Abam Baju Oyen, ini kisahnya

15,615 views

Kalau sampai saja musim menunaikan haji ataupun hari raya Aidil Adha, dah tentu ada satu lagu yang sering dimuatnaik di laman media sosial. 

Muzik video berkenaan berjudul Panggilan Haji atau Panggilan Kaabah. 

Lagu ini asalnya dinyanyikan semula oleh Hajjah Nur Asiah Jamil, namun telah didendangkan semula oleh penyanyi lain dalam beberapa edisi. 

Nyanyian semula yang paling popular ketika ini ialah hasil dendangan dari beberapa gabungan suara penyanyi terkenal iaiti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ella, Misha Omar, Waheeda dan kumpulan Ruffedge. 

Muzik video lagu ini telah dimuatnaik di laman media sosial, dan apa yang menarik perhatian ialah cara nyanyian seorang penyanyi lelaki memakai baju berwarna oren. 

Penyanyi berkenaan dipanggil abam baju oyen, oleh warga maya. 

Dari ruangan komen, ramai yang berjenaka dan membuat lawak tentang cara penyanyi berkenaan menyanyi apatah lagi ada yang membandingkan dengan Anuar Zain. 

“Tak nak kalah abam baju oyen tu dengan Anuar Zain.”

Namun ramai yang tak tahu siapa penyanyi itu sebenarnya. 

Untuk makluman, penyanyi lelaki itu atau abam baju oyen itu, merupakan salah seorang anggota asal kumpulan Ruffedge. 

Abam baju oyen itu bernama Mode Ruffedge atau nama sebenarnya Syed Muhammad bin Syed Abdullah. 

Mode merupakan ahli awal kumpulan Ruffedge bersama Cat, Azan dan juga Zain. 

Dari kiri, Cat, Mode, Amer, Azan dan Zain

Pada tahun 2005, Mode mengambil keputusan untuk undurkan diri dari kumpulan Ruffedge dan mahu fokus pada kerjayanya sebagai seorang arkitek. 

Mode belajar dalam bidang architecture di Pertha, Australia. 

Tempat Mode telah digantikan dengan pengambilan ahli bari bernama Sein atau Syed Hussein. 

Sehingga kini, pada umur 47 tahun, Mode masih lagi bekerja sebagai seorang arkitek. Namun Mode masih lagi ada meluangkan masa menulis lagu, kerana itu merupakan minatnya. 

Ini gambar terkini Mode Ruffedge di usia 47 tahun. 

Jadi kini kalian dah pun tahu siapakah gerangan pernyanyi yang digelar abam baju oyen itu, iaitu Mode Ruffedge, hebat tau, bukan biasa-biasa orangnya. 

Untuk info, Ruffedge merupakan kumpulan terdiri dari Cat, Zain, Azan, Mode, Sein dan Amer.