Aliff Aziz, Ruhainies baru saja keluarkan kenyataan

17,209 views

Aliff Aziz dan juga Ruhainies telah pun tampil memberi kenyataan awal ekoran penahan mereka oleh pihak berkuasa Jawi semalam. 

Kedua dua pelakon ini memuatnaik satu kenyataan sekitar jam 12 tengah malam tadi. 

Aliff serta Ruhainies berkata ada beberapa laporan yang tidak tepat tentang apa yang terjadi dan telah ditularkan di media. 

KENYATAAN RUHAINIES 

Ruhainies, 31 tahun, berkata, dia akan menjawab dan memberi kenyataan secara penuh kelak. 

Namun jelasnya, ada beberapa kenyataan yang tidak tepat telah tersebar. 

Pelakon ini turut mengambil kesempatan memohon maaf di atas apa yang terjadi. 

“Salam, untuk menjawab semua spekulasi atas apa yang sedang berlaku, saya dengan rendah diri ingin nyatakan disini, ada beberapa info yang kurang tepat telah tersebar.” 

“Namun saya ingin minta maaf atas apa yang berlaku.” 

“Saya mengharapkan agar semua spekulasi ini dapat dihentikan sehinggalah saya memberikan kenyataan untuk elakkan kekeliruan serta salah faham.” 

KENYATAAN ALIFF AZIZ 

Suami kepada Bella Astillah iaitu Aliff Aziz turut muatnaik satu kenyataan melalui IG story miliknya. 

Jelasnya, terdapat beberapa laporan yang agak berlebihan tentang apa yang berlaku. 

“Salam, atas apa yang terjadi, ada laporan yang agak berlebihan dan juga spekulasi yang timbul.” 

“Saya faham ianya berlaku kerana keadaan itu timbulkan syak wasangka yang boleh timbulkan fitnah.” 

“Seharusnya keadaan dapat dielakkan namun saya akan beri keterangan tentang apa yang terjadi nanti untuk elakkan salah faham.” 

“Saya mohon maaf.” 

Itulah kenyataan awal dari kedua dua pelakon berkenaan. Kedua mereka meminta masa untuk memberi satu kenyataan penuh tentang apa yang terjadi tak lama lagi. 

Diimbas kembali, Aliff Aziz dan juga Ruhainies ditahan di sebuah kondo awal pagi semalam oleh pihak Jawi.