Pelakon Eyka Farhana antara nama yang semakin dikenali ramai. Walaupun dah lama berlakon, sejak dari zaman remaja lagi, sedikit demi sedikit nama Eyka Farhana mula semakin gah dan kukuh di industry seni.
Bakat Eyka Farhana bukan saja mendapat perhatian di tanah air, malah dia juga berjaya menempa nama di negara jiran Indonesia.
Nama Eyka Farhana, 27 tahun, telah jadi buruan peminat negara seberang setelah tampil dalam sebuah drama Pretty Little Liars edisi Indonesia.
Akan tetapi, Eyka Farhana akui dirinya agak sedih kerena lakonannya dalam drama berkenaan, untuk musim ketiga, terpaksa diganti oleh orang lain.
Eyka akui dia amat sedih sampai tak keluar bilik selama seminggu. Ini komennya melalui Harian Metro.
“Patut tahun lepas saya sambung penggambaran drama Pretty Little Liars season 3 pula. Tapi, kerana hadirnya pandemik Covid-19 masa tu ditambah dengan perintah lockdown, akhirnya produksi teruskan penggambaran tanpa saya.”
“Watak saya kemudian digantikan dengan pelakon lain iaitu Caitlin Halderman. Memang amat kecewa sangat sebab itu impian saya. Tapi tak jadi pula.”
“Satu minggu juga saya tak keluar dari bilik kerana agak sedih dengan apa yang terjadi. Namun, walaupun tiada rezeki kat situ, ada rezeki juga lain untuk saya.”
Tentang pengalaman bekerja di Indonesia, jelas Eyka, ianya memang berbeza sedikit. Malah jumlah tenaga kerja di sana juga amat ramai.
“Persekitaran kerja, dan cara kerja, memang banyak benda baru saya pelajari. Memang saya amat juga sebab hanya saya orang Malaysia.”
“Mereka memang professional walaupun jumlah anggota pasukan agak ramai.”
Eyka Farhana kini tampil dengan naskah terbaru iaitu filem romatik komedi berjudul Autumn in Wales berganding dengan pelakon Jaa Suzuran, dan juga Keith Foo.