“Anak Elly Mazlein lebih ceria gembira tiada orang kenal dia anak siapa” ~ Neelofa

3,391 views

Siapa yang tak kenal dengan nama Noor Neelofa, selebriti dan usahawan yang cukup terkenal di Malaysia.

Neelofa berjaya dalam bidang akademik, kemudian bergelar artis paling popular dan kini berjaya dalam bidang perniagaan.

Oleh itu, apa saja yang Neelofa lakukan memang semua pun mahu ambil tahu. Kini di usia 33 tahun, Neelofa telah pun bergelar sebagai seorang ibu.

Dah tentu anaknya yang diberi nama Bilal terus saja menjadi perhatian umum. Akan tetapi, sehingga kini, Neelofa dan suaminya PU Riz mengambil pendekatan untuk tidak menyiarkan wajah anaknya itu kepada umum kerana tidak mahu terkena ain.

“Kalau ada yang mempermainkan tentang perkara itu, ini seakan mereka main-main dengan kewujudan ain. Mereka bukan sindir saya pun sebenarnya.”

“Tentang hal ain ini, dalam hadis sahih pun ada. Saya taklah arif sangat bab ini, tapi hal itu mungkin boleh melangkaui takdir.”

“Saya tetap akan buat iaitu menutup wajah anak, sungguh ada orang yang mengata. Ini kerana kami fikir tentang kesihatan serta kesejahteraan anak kami, Bilal.”

Neelofa turut memberi contoh Elly Mazlein yang mana anaknya tidak ditayang wajah, dan ramai tak kenal, jelas kanak-kanak itu lebih bebas dan ceria.

“Macam Elly Mazlein sendiri pernah kata, dia nampak anaknya lebih ceria dan gembira semasa di sekolah, orang tak kenal dia tu anak sesiapa.”

“Oleh itu ini penting untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau mahu ambil gambar nanti kasihan pada anak kecil.”

Jelas Neelofa akan ada waktunya nanti, dia dan suami akan tayang wajah Bilal.

“Mungkin kena tunggu dia besar sikit. Bukan nak sorok atau tak nak beri orang lihat. Kalau boleh saya nak dia ni membesar macam kanak-kanak normal yang lain.”

Itulah komen Neelofa tentang baby Bilal.