Anak lelaki Farid Kamil, Diana Danielle tumbuk muka rakan, ini kisah penuhnya

10,682 views

Semalam, pelakon Diana Danielle mendedahkan anak lelaki telah terlibat dengan satu insiden dengan rakannya. 

Anak lelakinya iaitu Muhammad atau Che Mad yang kini berumur 11 tahun, dikatakan telah menumbuk rakannya. 

Insiden berkenaan berlaku kerana Che Mad berang apabila rakannya itu mengeluarkan kata-kata yang tak baik dan juga kata kesat terhadapnya. 

Isteri kepada Farid Kamil ini mendedahkan hal ini menerusi satu penulisan di laman medianya semalam. 

Jelas Diana, bukan saja rakannya itu mengeluarkan kata-kata kesat, dia juga telah memaksa Muhammad untuk bermain bersama dan mahu datang ke rumah.   

“Anak saya dah pun menumbuk wajah rakannya hari ini. Kanak-kanak itu telah berkata secara maki hamun seranah kepada anak saya. Sebabnya ialah dia mahu datang, tetapi anak saya enggan dia datang ke rumah kami.” 

“Sudahlah dia memaksa untuk nak datang rumah, apabila tak dibenarkan, dia terus keluarkan kata-kata kesat dengan sumpah seranah.”  

Diana Danielle berharap hal ini akan jadi teladan kepada rakan Muhammad itu untuk lebih beradab selepas ini. 

Malah ibu kepada rakan Muhammad itu pun dah dipanggil, namun budak itu tak akui buat provokasi. 

“Memang elok biar merasa sikit, biarlah ada adab. Bukannya nak back up anak, tapi padan muka.” 

“Akhir sekali, dah pun panggil mak suruh selesaikan tetapi tak mahu mengaku dia ada buat provokasi terhadap anak kita.” 

Akhir sekali, Diana Danielle mengambil keputusan untuk tak membenarkan anaknya itu berkawan dengan budak tersebut lagi.  

“Kita dah tak bagi anak kita berkawan lagi dengan budak tersebut.” 

Menjengah ruangan komen, rata-rata setuju dan memberi sokongan dengan tindakan Muhammad itu. 

Ada mengatakan Muhammad wajar mengambil tindakan sedemikian agar dirinya tidak dipijak. 

Diana Danielle dan Farid Kamil mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11 tahun dan Aurora, kini berumur 9 tahun.