Semua dah tahu bahawa Noh Hujan dan bekas isteri Mizz Nina ada mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Musa.
Apabila berpisah, Noh dan juga Nina kini dilihat ada sedikit salah faham yang melibatkan Musa.
Dikhabarkan kes ini sudah pun masuk ke mahkamah.
Semalam, ibu kandung kepada Musa akhirnya tampil memberi kenyataan.
Ibu kandung kepada Musa ini bernama Athira.
Kata Athira, Noh telah melanggar perjanjian dan meminta penyanyi berkenaan untuk memnbuat permohonan maaf.
Ada tiga tuntutan dari Athira terhadap Noh Hujan iaitu yang pertama memadam foto Musa di media sosial.
Yang kedua pula membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.
Tuntutan ketika pula, Athira meminta Noh Hujan menarik balik kenyataan apabila menyebut dirinya sebagai ibu Musa dalam satu temubual Melodi.
Kata Athira, dalam temubual Melodi itu, Noh mengatakan bahawa dirinya dengan rela hati memberi Noh kebenaran untuk menjaga Musa.
Ternyata hal berkenaan tidak benar sama sekali, dan merasakan Noh telah memanipulasi dirinya.
“Sebagai ibu kandung Musa, memang amat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan dipergunakan demi kepentingan Noh.”
“Kecewa sebab dia guna saya dengan menyatakan, Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.”
“Oleh itu, saya nak Noh tarik balik kenyataan yang dibuat sebab dia dah guna nama saya di media.”
“Saya nak permintaan maaf secara terbuka dari Noh. Sebelum ini dia ada buat satu kenyataan di media, oleh itu, saya mahu dia buat permohonan maaf di media juga.”
Athira berkata, Noh sejak awal lagi dah langgar perjanjian apabila muatnaik foto Musa.
Sepanjang mengambil Musa, Mizz Nina pula tidak pernah tayang wajah anak angkatnya itu.
“Saya dimaklumkan tentang kandungan Instagram Noh di mana saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa.”
“Apa yang buat saya kecewa ialah sebenanrya Noh tak ada hak sebagai penjaga sepenuhnya namun dia melanggar perjanjian iaitu patutnya tak tayang wajah Musa.”
Tambahnya, dia memberi tempoh 24 jam kepada Noh untuk selesaikan semua tuntutannya itu dan jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil.
“Jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan ambil tindakan undang-undang.”
Itulah kenyataan dari ibu kandung kepada Musa, anak angkat Noh Hujan dan juga Mizz Nina.
Dalam pada itu, Noh yang sempat dihubungi pihak wartawan ada berkata ketika ini di sangat sibuk dan tak mahu ulas hal berkenaan.
“Tak nak, saya tengah busy sekarang ni.” Jawapan dari Noh Hujan.