Mizz Nina dedah kisah yang terjadi kepada Musa, “Saya dikhianati”

3,937 views

Noh Hujan telah pun minta maaf kepada ibu kandung anak angkatnya semalam setelah dikatakan melanggar perjanjian. 

Setelah ibu kandung Musa dan juga Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan masing-masing membuat kenyataan, akhirnya kini giliran Mizz Nina pula. 

Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Azman, tampil menceritakan hal yang sebenar yang terjadi berkenaan isu melibatkan anak angkatnya bernama Musa. 

Kenyataan ini ditulis pada pagi hari Ahad, bertarikh 28 January 2024. 

Kata Nina, Musa telah diambil tanpa kebenaran oleh Noh Hujan, ketika dirinya berada di luar negara. 

“Musa diambil dari saya tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan saya.” 

“Saya mengambil Musa sebagai anak angkat pada hari kedua ia dilahirkan dan saya menyusukannya.” 

“Untuk dua tahun, Musa tidur di katil yang sama, melalui rutin harian yang sama, hadir ke kelas, bersma rakan.” 

“Namun semasa saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Musa telah diambil tanpa pengetahuan saya.” 

“Musa kini di bawah jagaan saya secara legal, secara sah.” 

Jelas Mizz Nina lagi, selepas anaknya diambil, dia tak tahu di mana Musa berada, malah tiada sebarang komunikasi diterimanya, selama tiga minggu. 

Ketika inilah wajah Musa ditayang di laman media oleh Noh Hujan. 

“Sejak dari itu, saya tidak pasti di mana dia berada, tiada sebarang communication, dan tak ada terima sebarang foto mahupun video untuk tiga minggu lebih.” 

“Di masa ini, ex saya telah muatnaik foto Musa di media sosial.” 

“Namun kini ex mengatakan dia tak tahu menahu tentang perjanjian bahawa tidak baoleh muatnaik wajah Musa.” 

“Saya tahu, dia memang tahu hal ini.” 

Sementara itu, Mizz Nina juga mengatakan identiti ibu Musa juga mula diketahui setelah Noh telah mendedahkan nama sebenarnya di laman media ketika membuat permohonan maaf baru-baru ini. 

Sementara itu, Mizz Nina menjelaskan lagi, selepas berpisah dengan Noh, penyanyi itu dah pun tandatangan surat memberikan hak jagaan penuh kepada Mizz Nina.  

“Selepas bercerai, dia telah pun secara rela hati, tanda tangan dokumen sah di depan suruhjaya untuk memberikan hak jagaan Musa sepenuhnya kepada saya.” 

“Sejak itu, ex dah pun hilang hak jagaan kepada Musa.” 

Mizz Nina menambah lagi, sejak berkahwin dengan Essa, Musa berada dalam keadaan yang baik. 

Namun ternyata dirinya dikhianati oleh penjaga anaknya ketika dia tiada di Malaysia. 

“Musa diambil tanpa pengetahuan saya hasil kolaborasi dengan nanny yang saya upah untuk menjaga Musa semasa saya tiada, namun saya telah dikhianati.” 

Ini penjelasan penuh dari Mizz Nina. 

Penjelasan penuh dari Mizz Nina

Mizz Nina berkata dia menceritakan hal yang sebenar bagi mengelak sebarang spekulasi dan juga cerita yang tidak benar yang timbul melibatkan isu anak anagkatnya Musa.