Anak perempuan Shuib, arwah Siti Sarah pandai dodoikan baby Ayash Affan

1,518 views

Kehadiran anak bongsu, baby Ayash Affan, telah sedikit sebanyak menceriakan keluarga Shuib dari kumpulan Sepahtu.

Kehilangan isteri tercinta, arwah Siti Sarah, memang tiada gantinya, namun adanya Ayash Affan sedikit sebabnyak memberi kekuatan unbtuk Shuib sekeluarga untuk menjaga anak bongsunya itu.

Kesemua adik beradik Ayash, iaitu Uwais, Talita dan Matin gembira melihat adik bongsu.

Mereka semua amat teruja melihat adik baru itu dan sering menjaganya. Baru-baru ini di akaun arwah Siti Sarah, ada dimuatnaik satu video yang telah menyentuh hati ramai followernya.

Anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu anak kedua bernama Talita dilihat sedang mendodoikan adik bogsunya itu.

Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan Talita sedang berselawat ke atas nabi sambil menepuk dan mendodoi adiknya yang sedang merengek.

Ini caption yang ditulis di Ig berkenaan.

“Kasih seorang kakak. Selain anak sulung Uwais, anak perempuan Talita juga amat teruja nak spend masa jaga baby Ayash Affan. Talita memang amat rajin mahu tidurkan baby. Dia juga sering nak buatkan susu, dan tepuk dodoikan adiknya serta suka sangat main-main dengan baby Ayash Affan.”

“Talita ni memang selalu rajin nak bantu, senang hati daddy. Syukur alhamdulillah, sudah tentu sejuk perut ibu yang melahirkan Talita.”

Video berkenaan dimuatnaik pada hari Jumaat lepas, dan sehingga kini sudah ditonton lebih kurang tujuh ratus tiga puluh ribu tontonan, 730,000 views.

Di ruangan komen, ramai follower yang memuji tindakan dari Talita itu yang jelas kelihatan amat kasih kepada adiknya. Ramai juga mendoakan kesemua anak-anak Shuib menjadi anak yang baik dan soleh serta akan membesar dengan baik.

Shuib dan arwah Siti Sarah mempunyai empat orang anak sepanjang perkahwinan mereka iaitu Uwais, Talita, Matin dan yang bongsu Ayash Affan.