Rita Rudaini geram sikap tak bertanggungjawab penghantar makanan

5,345 views

Sekarang ni teknologi semakin membangun, dan rakyat Malaysia dah boleh membeli makanan dari hujung jari saja, order dengan menggunakan telefon.

Pelbagai aplikasi pengantar makanan sudah ada di Malaysia, bukan satu dua, tetapi dah banyak dah, boleh pilih saja mana yang kalian berkenan.

Namun, walaupun sudah maju, namun manusia mana yang tak buat sillap.

Pelakon terkenal tanah air Rita Rudaini, ada membuat luahan hati tentang pengantar makanan atau rider kepada aplikasi penghantar makanan.

Rita luah rasa geram, kerana masih ada rider yang buat kerja sambil lewa, acuh tak acuh yang dilebelnya sebagai tak ikhlas dan tak ada rasa tanggungjawab.

Yang buat Rita rasa geram ialah ada rider yang meletakkan makanan yang dipesan olehnya secara terbuka dan di atas tempat buang sampah.

“Ini makanan, benda untuk makan. Ianya rezeki. Tapi letak kat tempat panas dan terdedah. Apalah salahnya jika diletakkan di tempat yang teduh.”

“Inilah dia ada segelintir penghantar makanan yang tak ikhlas dan tak ada rasa tanggungjawab untuk buat kerja dan rezeki untuk dirinya sendiri.”

“Makanan tu letak atas tempat buang sampah pula.” Itulah pendedahan dari pelakon Rita Rudaini.

Sebenarnya, Rita tak sapu semua rider, jelas pelakon ini, memang ada rider yang bertanggungjawab dan hormati makanan sebagai rezeki.

“Saya bukan cakap kepada semua. Ada yang masih hormat dengan makanan. Ada yang letak depan pintu dan letak tempat tertutup malah ada yang siap letak lapik lagi.”

Apapun semuanya sebenarnya bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Buat apa kerja pun, memang ada yang buat kerja kurang baik, apa kerja sekali pun.

Luahan Rita Rudaini tentang isu ini telah dimuatnaik olehnya di Ig story semalam, pada hari Ahad.