Anak sulung dapat tahu, terus tanya Datuk Yusof Haslam

3,495 views

Jika berlaku perpisahan antara pasangan suami isteri, dah tentu yang paling rasa terkesan ialah anak-anak mereka. 

Begitu juga dengan kisah antara pasangan selebriti Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof. 

Semasa kes pasangan ini masih lagi dalam perbicaraan, ramai tertanya bagaimana reaksi serta keadaan anak-anak mereka iaitu Shaikhul dan juga Sumaiyah. 

Menjawab hal anak-anak, Puteri Sarah, menyatakan anak sulungnya iaitu Shaikhul sudah pun mengetahui hal berkenaan. 

Jelas Puteri Sarah, anak sulungnya itu mengetahui hal tersebut ketiak menonton video di youtube. 

Selepas menonton video isu yang melibatkan ibu bapanya, Shaikhul terus bertanya kepada atuknya iaitu Datuk Yusof Haslam. 

“Shaikhul dah tahu, dia pun ada cakap dengan atuknya (Yusof Haslam). Abang dah tahu dah,” 

“Datuk dan Datin kemudian beritahu kat Shaikhul bahawa apa pun yang terjadi, semua orang pun memang sayang dengan Shaikhul dan juga adiknya Sumaiyah. Mereka juga berpesan pada Shaikhul jangan terlalu risau dengan hal itu.” 

Ditanya tentang reaksinya pertama kali tahu, Puteri Sarah mengatakan ketika itu Shaikhul hanya bertanya kepada Datuk Yusof Haslam. 

“Dia mula tahu dari Datuk, jadi Sarah pun tak tahu macam mana reaksi dia masa first time tu. Lepas tu baru Sarah tahu.” 

“Rasanya, dia mula dengar dan tahu dari Youtube. Dia tak tanya Sarah, tetapi dia terus tanya pada Datuk dan juga Datin.” 

“Datuk dan Datin lah yang explain dan menerangkan hal yang berlaku pada anak sulung, dan saya syukur sebab dapat keluarga mertua yang amat baik. 

Selain itu, Puteri Sarah memberitahu, suaminya Syamsul masih lagi menjaga kebajikan anak-anak mereka. 

“Dia masih memberi nafkah anak-anak sampai sekarang, dia tak abaikan.” 

Itulah penjelasan Puteri Sarah tentang anak sulungnya iaitu Shaikhul yang dah pun tahu tentang kes yang melanda ibu bapanya. 

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shaikhul dan juga Sumaiyah sepanjang perkahwinan mereka.