“Mestilah saya masih sayang Shuib” Jep Sepahtu

2,514 views

Sebelum ini, Jep Sepahtu telah pun membuat satu post di Instagramnya tentang kisah sebenar yang berlaku dengan Shuib dan juga Sepahtu. 

Jep menjelaskan apa yang terjadi kepada Shuib sehingga pelawak berkenaan tidak lagi terlibat dengan rancangan Sepahtu reunion Live. 

Dikatakan semuanya bermula dengan adegan Shuib memarut kelapa dan telah dikenakan tindakan digantung selama dua minggu. 

Shuib rasa kurang senang dengan penggantungan berkenaan, dan tidak mahu menyambung lagi episod Sepahtu reunion selepas itu. 

Menjelaskan tentang post berkenaan, jep Sepahtu ditanya orang ramai tentang adakah dia dah tak ada rasa apa lagi dengan Shuib. 

Pertanyaan ini dilontarkan oleh peminat Sepahtu ketika Jep sedang membuat satu sesi live. 

Jep lantas menjawab bahawa dia memang masih lagi sayang dengan Shuib. 

“Masih sayang dengan Shuib, dah tentu saya masih lagi sayang Shuib. Saya sayang kawan-kawan saya.” 

“Shuib antara orang yang menemani saya dalam dunia seni ni.”  

“Post hari tu saya hanya beri penjelasan saja keadaan yang berlaku, kenapa. Ini supaya tak ada lagi persoalan atau tak ada lagi kata-kata orang berkenaan Sepahtu. Saya tak ada pun nak buka aib sesiapa.” 

“Tak ada pun sekarang ni dah tak kawan ke apa, mesti sayang lagi kawan-kawan. Sayang Shuib, sayang Mamat ke, semua kawan.” 

Dalam pada itu, Jep juga sempat bercerita tentang hubungannya dengan Mamat yang masih baik sehingga kini. 

“Dengan Mamat lagi la, dari kampung lagi. Saya pun tak ada kick dia keluar. Saya yang keluar dari Sepah, Mamat masih lagi kumpulan Sepah.” 

“Berkawan ni masih lagi berkawan. Tak semestinya kalau berkawan nak kena bekerja bersama sama.” 

“Mamat pun ada datang Sepahtu reunion, pergi minum sama dengan Rahim dan Pak Ya semua. Tak kan kami nak tayang persahabatan kami, buat itu, buat ini. Umur dah nak 40 ni tak ada masa saya nak gado-gado ni semua, banyak lagi benda lain.” 

Itulah sedikit cerita dari Jep Sepahtu tentang ahli kumpulan Sepah iaitu Shuib dan juga Mamat.