“Dialah yang memukul Diana” Pendedahan Farid Kamil

37,953 views

Malam tadi, pengarah dan pelakon Farid Kamil dilihat telah beberapa kali memuatnaik luahan hati mellaui laman Instagram. 

Luahan hati dari Farid Kamil ini telah dibuat menerusi hantaran di insta story miliknya. 

Farid Kamil dilihat telah menyentuh isu berkenaan wanita yang telah dikasari seseorang, dan ini termasuklah wanita bernama Diana, yang dikatakan isterinya Diana Danielle. 

Mulanya, Farid Kamil dilihat memerli seseorang dengan mengatakan bahawa ada seseorang yang istimewa apabila tiada tindakan diambil setelah laporan polis dibuat beberapa tahun yang lalu. 

Malahan Farid Kamil juga melabel individu berkenaan sebagai contoh munafik. 

“Mahu menjadi KL G bersongkok pun, tak boleh nak memukul wanita dai hoi. Mesti ada yang spesiol dengan dia ni.” 

“Sebelum pun dah buat report tapi tiada tindakan, kali ni pukul lagi. Adakah ini contoh si anak munafik.” 

Kemudian Farid Kamil ada menulis bahawa individu berkenaan ada memukul wanita bernama Diana. 

Namun tidak pula dikatakan Diana itu merupakan isterinya iaitu Diana Danielle. 

Jelas Farid, kejadian berlaku dah lama dah, pada tahun 2005, dan report pun dah dibuat namun tiada tindakan diambil, 

Malahan individu bernama Diana itu juga amat trauma dengan kejadian berkenaan sampai sekarang. 

“Untuk rekod, benar, dia ada memukul individu bernama Diana. Report dah buat tetapi tetap tiada tindakan lanjut. Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali, sindir Pak Abu.” 

“Traumanya sampailah sekarang, memang kesian. Tak ada sesiapa pun yang boleh back up orang yang dalam trauma ni tau Dol. Macho ke memukul wanita ni Dol.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Farid Kamil yang dimuatnaik di ruang laman media sosial miliknya. 

Tiada nama spesific yang dipetik oleh Farid Kami, hanyalah Diana, dan ramai yang beranggapan mungkin itu isterinya Diana Danielle.