“Sibuk kain orang, kain sendiri terbuka” Ali Puteh

5,195 views

Kisah anak remaja perempuan pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun diketahui umum selepas seorang wanita membuka cerita bahawa Marissa Dania menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya. 

Rumah tangga wanita berkenaan bernama Misya dan lelaki bernama Aslam telah pun berakhir. 

Ekoran hal itu, pelawak Ali Puteh dilihat telah memberi sedikit reaksi. 

Ali Puteh telah menulis sesuatu dengan memuatnaik kembali keratan artikel lama tentang dirinya dan juga kakak ipar iaitu Hidayah. 

Melalui keratan itu, Abby Abadi ada menulis pendapatnya tentang isu antara Ali Puteh dan juga balu arwah Abam. 

Dari artikel itu, Abby Abadi menulis mengatakan setelah mendengar penjelasan dari kedua belah pihak, dia lebih memihak kepada balu Abam dan juga anaknya, Hamzah. 

Artikel itu ditulis tiga tahun lalu, pada tahun 2020. 

Dan kini, ekoran isu melibatkan anaknya, Ali Puteh pula memberi reaksinya. 

Ini yang ditulis oleh Ali Puteh. 

“2022 berlalu kini 2023, semoga yang baik-baik saja buat keluarganya.” 

“Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang. Akhirnya kini kain sendiri terbuka.” 

Ini paparan yang dikongsikan oleh Ali Puteh. 

Sehingga kini, Abby Abadi tiada pun membalas kenyataan tentang isu anaknya termasuklah kenyataan dari Ali Puteh ini. 

Menerusi satu Ig story, Abby Abadi mengatakan dia kini lebih fokus kepada kerjanya saja. 

“Syukur alhamdulillah, semua baik-baik saja, Jangan risaukan saya, saya tak update apa-apa sebab saya tiada sebarang idea.” 

“Saya sekarang ada di Melaka, urusakan kerja Jaitech Solutions, doakan semua urusan kami dipermudahkan.” 

Itulah sedikit cerita tentang Ali Puteh dan juga Abby Abadi. 

Dalam pada itu, anak Abby Abadi iaitu Marissa Dania pun dah mengakui kesilapan dirinya terjebak menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain.