Anita Sarawak akhirnya hubungi adiknya Noor Kumalasari “Tergamam mendengar suaranya”

4,902 views

Noor Kumalasari, 67 tahun, amat gembira apabila doanya dimakbulkan untuk berbicara dengan kakaknya penyanyi terkenal, Anita Sarawak, 71 tahun. 

Anita Sarawak berhubung dengan Noor Kumalasari pada 1 Syawal yang lalu setelah hampir 10 tahun tidak berbuat sedemikian. 

Jelas Noor Kumalasari, selalunya di hari raya, Anita Sarawak yang dikenali dengan nama kak Nita, akan call dan berborak dengan adik beradiknya, namun dah 10 tahun tak berbuat sedemikian. 

Akhirnya pada tahun ini, Kak Nita berhubungan kembali dengan Noor Kumalasari.  

“Saya insan yang terpaling gembira sambut Syawal pada tahun ini. Panggilan yang dinantikan bertahun-tahun lamanya, dah tentu dari kakak saya, Kak Nita.” 

“Dulu kami akrab dan membesar bersama sejak kecil, oleh itu ikatan kekeluargaan tetap utuh walaupun ibu bapa sudah tiada lagi.” 

“Sememangnya saya ni teramat merindui Kak Nita. Inilah berkat bulan Syawal yang mulia apabila doa saya dikabulkan.” 

“Syukur alhamdulillah, akhirnya saya dapat berbual dengan Kak Nita, bergelak ketawa, usik mengusik dan berbual pelbagai cerita selama lebih kurang setengah jam lamanya.” 

Bercerita tentang panggilan Kak Nita, Noor Kumalasari berkata Anita Sarawak menghubungi kakaknya iaitu Noraini pada hari raya pertama, dan sudah menjadi rutin setiap raya, Noor Kumalasari akan beraya di rumah kakaknya pada 1 Syawal.  

“Memang dah kebiasaan saya akan kunjungi kakak saya, Noraini pada Syawal pertama.”  

“Saya tiba petang di rumah Noraini, saya terus solat Asar terlebih dulu. Masa itu, Noraini dapat call dari Kak Nita dari Las Vegas.” 

“Noraini cakap pada Kak Nita, saya ada di rumahnya, tetapi sedang bersolat. Tak sangka Kak Nita sanggup tunggu saya habis solat dan tunggu nak berbual dengan saya.” 

“Saya amat terkejut apabila Noraini cakap Kak Nita ada di talian telefon. Tergamam saya dengar suara Kak Nita di talian.”  

“Suara Kak Nita memang ada sedikit berbeza, tetapi itulah suara yang amat saya rindu sangat-sangat.” 

Jelas Noor Kumalasari, pelbagai topik yang mereka bicarakan, termasuk bergurau senda dan juga topik mengapa dah lama tak berhubung.  

“Saya dan Kak Nita suka berseloroh, dah tentu isu utama yang kami bualkan ialah mengapa tak berhubung sejak Kak Nita pulang ke Las Vegas.” 

“Kak Nita cakap dia ada call saya untuk mengucapkan selamat hari ulang tahun seperti kebiasaannya, namun dia kata saya tak menjawab call berkenaan.” 

“Saya pula bagitahu ada hantar mesej kepada Kak Nita, namun tiada balasan. Beberapa minit juga kami berbual pasal tu.”  

“Kak Nita juga terfikir-fikir mengapa dia tak dapat nak call saya. Kali terakhir kami berbual seminggu sebelum Kak Nita berlepas pulang ke Las Vegas.” 

“Namun begitu, benarlah pepatah Melayu, air yang dicincang tidak akan terputus, begitu juga ikatan persaudaraan adik-beradik ni.” 

Noor Kumalasari juga sempat bercerita sedikit tentang keadaan Kak Nita ketika ini.  

“Dia dan suaminya Mahathir gembira jalani hidup sebagai orang biasa, bukan lagi sebagai selebriti di Las Vegas.” 

“Kak Nita juga ada usik saya, dia tanya sama ada saya masih suka berjubah hitam seperti biasa.”  

“Dia juga ada cakap yang dia masih lagi belum bertudung dan penampilan tetap sama, cuma badannya agak berisi berbanding sebelum ini.” 

Jelas Noor Kumalasari yang penting kini kakaknya itu, iaitu Anita Sarawak kini bahagia bersama suami di Las Vegas.