Kenali tunang kepada Noh Hujan iaitu Fatin Athira Mustapa

8,079 views

Penyanyi dari kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh telah pun selamat bergelar tunangan orang hujung minggu lalu. 

Menerusi laporan dari portal Kosmo, satu majlis telah diadakan di rumah family wanita berkenaan yang merupakan seorang peguam. 

Majlis pertunangan pasangan ini diadakan di Putra heights, Subang Jaya yang dihadiri ahli keluarga kedua dua mereka. 

Keluarga Noh Hujan hadir dari Kuching Sarawak dan membawa beberapa hantaran kepada pihak perempuan. 

Hasil perbincangan juga, kedua belah pihak bersetuju untuk menetapkan tarikh pernikahan iaitu pada 23 September tahun ini. 

Info ini diterima oleh pihak Kosmo menerusi satu sumber yang terdekat. 

“Kami telah dimaklumkan bahawa pihak tuan rumah telah menganjurkan satu majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Hari raya Aidilfitir yang dihadiri ahli keluarga beserta kenalan yang terdekat saja.” 

“Ketika sampai di rumah mereka sekitar jam 3 petang tadi, majlis pertunangan sudah pun selesai, namun Noh bersama ahli keluarganya masih lagi berada di situ.” 

Di majlis pertunangan, kedua dua pasangan ini mengenakan pakaian berwarna hitam, sedondon bersama. 

Sedikit info tentang tunang Noh Hujan ini, wanita ini bernama Fatin Athira Mustapa, yang berumur 30 tahun. 

Fatin Athira Mustapa telah pun graduated dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor dan merupakan seorang peguam. 

Dikhabarkan Fatin Athira Mustapa memang amat meminati bidang muzik, dan mempunyai bakat untuk bermain gitar.  

Selain itu Fatin Athira juga ada bakat dan boleh menyanyi. 

Sehingga kini Noh Hujan tiada membuat sebarang pengumuman mahu pun kenyataan tentang kisah pertunangannya ini. 

Apapun, tahniah diucapkan buat kedua pasangan Noh Salleh dari kumpulan Hujan dan juga tunangnya Fatin Athira Mustapa semoga segala urusan kalian akan dipermudahkan.